Followers

Selasa, 7 Jun 2011

Pengutuk Si Anon Itu Jahat

SALAM..


Lama tidak menaekkan sebarang entry. Traffik pun tahap orang tua tunggu depan kubur. Oh! xpe 2 xpenting sebab aku bukan seorang yang gila untuk up kan traffik dengan cite-cite panas yang menghangitkan. Lebih baek fokus pada traffik akhirat yok. TAPI, walaupun tidak menaekkan sebarang entry, aku masih ligat berblogwalking kat sini untuk menguruskan badan ye!


Antara salah satu entry yang aku paling minat untuk baca ialah entry yang mencanang si Anon-anon yang mengutuk secara tidak langsung di belog2 yang terkena malapetaka tersebut. Pelbagai bahasa yang melambangkan kecetekan akal dihamburkan untuk si anon-anon ini.


Sekali anon 2 jahat 1000 kali aku katakan penaek entry tentang anon tersebut jahat. Sebab ape?

1) Penaek entry 2 saje untuk up kan traffic secara kotor dengan menaekkan entry berkenaan anon tersebut. Taktik tersebut dilihat agak murahan dan menyerlahkan lagi KEBODOHAN sang penaek entry tersebut!

2) Sudahlah anon tersebut berdosa, si penaek entry tersebut lagi saja2 kreditkan dosa ke dalam akaun sendiri. Kalau anon 2 makan tahik, si penaek entry pun nak sumbat tahik makan jugak ek?

3) Si penaek entry kompem ek si anon 2 kutuk dia? Kalau x kompem xpayah la saje-saje up kan entry berkaitan dengan beliau. Sape makan telur sendiri kentut busuk kan?

4) Anon 2 tahu si penaek entry salah sebab 2 die attack. Tapi, si penaek entry kadang-kadang terlupa diri memang takkan mengaku 2 salah sendiri.

5) Anon 2 sudahlah senteng akal! Si penaek entry lagi mempunyai masalah sindrome akal yang kronik sebab naekkan entry yang agak hangit untuk tarik followers komen then maki-maki lagi si anon tersebut. Maybe dengan cara ni si penaek entry rasa puas kan? (Entah si anon 2 xtahu pun dia kena maki).

6) Si penaek entry rasa panas sebab anon berjaya hangitkan dia then cara untuk lepaskan kemarahan adalah menaekka entry dengan kata-kata yang agak kesat kepada si anon tersebut.


Kesimpulannya


Kalau kita sudah diaibkan dengan si anon tersebut, cubalah naekkan entry 'TEGURAN' yang betol. Tidak perlu menggunakan cacian yang menghentam lapan belas kali ganda kuasa dua kepada anon tersebut. Ini membuktikan bahawa si pengutuk sang anon ternyata lebih JAHAT berbanding dengan anon tersebut.



BAHASA JIWA BANGSA


:)





Jumaat, 20 Mei 2011

2 Minggu Bergelar Guru Praktikum

Benar cakap orang guru itu lilin. Panas, membahang tetap teguh di pondok usang yang dahagakan ilmu itu. Tiada istilah jemu dan jelak ketika melangkah ke kelas!

Bermula minggu kedua, cabaran kini sudah tergalas berat di bahu kiri dan kanan. Pergi sekolah tatap buku, balik sekolah tatap buku. Rutin harian yang bakal digalas. Bekerja dengan manusia memerlukan ketabahan untuk tidak jatuh tersungkur ke lantai.Sesungguh dan sebenarnya aku masih teraba-raba mencari dan menyedut momentum 'keguruan'. Walau hanya bergelar sebagai seorang guru praktikum tetapi tanggungjawabku kini sudah terasa berat. Terkadang ingin sahaja aku menangis dan angkat kaki balik ke rumah.


Aku kini menggalas tanggungjawab yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana guru praktikum UPSI sebelum ini. Aku merupakan keluaran pertama UPSI yang perlu mengajar subjek Pengajian Am. Ini berikutan dengan  major aku iaitu Pengajian Am dan istimewanya aku tidak mempunyai minor kerana major aku sudah meliputi subjek BM, Geo, Sej, Politik dan sebagainya. Mahu atau tidak aku perlu memikul tanggungjawab ini. Malah, aku turut dibekalkan dengan subjek Bahasa Melayu tingkatan 4 bagi memenuhi kredit mengajar 10-12 waktu smggu. Walaupun aku gusar tetapi aku sudah bertekad bahawa aku tidak akan sesekali membenarkan diri untuk berkata terpaksa. Jalan ini sudah menjadi pilihan hati jadi aku mahukan keikhlasan dalam meneruskan perjuangan ini.


Dua minggu sudah di sekolah, perjuangan dan kesabaranku sebagai seorang guru praktikum benar-benar teruji. Aku diuji oleh kerenah guru-guru tetapi aku tidak mahu mempersoalkan mereka kerana mereka ialah seorang guru yang benar-benar mampu manakala aku pula hanya insan yang baru memulakan langkah untuk menjadi seperti mereka. Aku turut diuji oleh pelajar. Aku hampir menangis namun aku katakan pada hati aku tidak akan sesekali membenarkan air mata ini jatuh dek kerenah pelajar yang tidak tahu menghormati aku sebagai guru mereka. Gagal atau sebaliknya aku hanya mampu berserah!


Kini, berbekalkan 12 minggu lagi di SMK Munshi Abdullah, aku hanya mampu berserah dan menguatkan lagi semangatku. Aku di sini dengan harapan ibu dan ayah. Andai tiada mereka, 2 minggu ini sudah cukup membuatkan aku rebah di bumi. Hanya pada Allah aku sujud supaya aku diberikan kekuatan dan keikhlasan hati dalam mendidik anak bangsa ini. Menjadi seorang guru itu tidak mudah jika tiada keikhlasan dalam bicara dan perlakuan. InsyaAllah, semoga aku jua bisa menjadi warga pendidik seperti 'mereka'.



Rabu, 27 April 2011

Mei: Penukaran Semua Propict Laman Sesawang Secara Super Skema

Memandangkan exam sudah abes dan pendiskusan (jahanam bahasa bongok!) telah dilakukan bersama penyelia latihan mengajar, maka akan bermulalah bibit-bibit percintaan di alam sekolah. Disebabkan hal ini, aku akan melakukan penukaran secara besar-besaran terhadap semua profile picture laman sesawangku agar menjadi super skema. Aku akan meremove semua aksi-aksi menggedik di dalam FB khususnya. Opsss. dalam FB aku dah lama kot tade album gambar aku!
Gambar yang akan mendatangkan spekulasi negatif adalah seperti ini









 
Gambar2 begini tidak melambangkan aku seorang bakal guru yg berpraktikum


jadi


Tiada penggunaan gambar begini di mana-mana laman sesawangku selepas 9 Mei 2011.



tapi




gambar begini tape.. dibenarkan. membaca amalan yg mulia :P







Tujuan ini dilakukan kerana aku tahu berdasarkan kepada akak.akak dan abang.abang senior yang keluar berpraktikum, FB mereka bakal diserang oleh segerombolan pelajar di dalam sekolah berkenaan. Ini sekaligus mendedahkan sebahagian hidup aku sebagai seorang bakal guru kepada bakal pelajar aku nanti. Jadi, sebagai seorang bakal guru hasil didikan UPSI, aku takkan sesekali menunjukkan contoh.contoh untuk pelajar aku turut menggedik sekaligus tidak akan menghormati aku sebagai guru mereka nanti.
Sebagai seorang bakal guru yang akan keluar berpraktikum kurang dari 2 minggu lagi tindakan drastik perlu diambil oleh aku. Antara tindakan tersebut.

.
.
.
.
.
Kuasai content! Lagi bersyukur kalau pengetua suruh mengajar Peng.Am (masak aku)
.
.
Berlagak skema (macam bagus)
.
.
Berlagak garang (aku garang kot)
.
.
Berlagak pandai (cekgu tak boleh cakap 'XTAU')
.
.
Berlagak bawa rotan (berani ke nak hentak rotan atas meja?)
.
.
.
.
.
Semuanya perlu BERLAGAK!


Berlagak bukan dalam erti kata bodoh sombong tapi berlagak secara positif. Di situ, keyakinan diri bakal terbina. InsyaAllah. Perjalanan menuju JIHAD Allah itu tidak sukar tetapi perlukan ketabahan.


Selasa, 26 April 2011

Alhamdulillah Lulus Test JPJ

Hoyye.. hoyye sudah lulus JPJ. Hanya mengambil masa selama sebulan dan beberapa hari sahaja untuk menamatkan dan membuang lesen L. Alhamdulillah, tadi sudah boleh berlagak dengan lesen P. Hello, orang dah pakai kompeten dah kot? Heran ke aku kalau orang pakai kompeten aku baru pakai P. Tak heran pun kot? ahaks..

Taknak cite pun sal lesen P ni sebenarnya tapi nak cite sal abang-abang JPJ yang sangat baek hati. Sumpah, aku rase incik-incik JPJ Tapah, Perak ni merupakan JPJ yang paling baek. Terhutang budi aku dibuatnya. Lagi sakan, kawan aku sampai angau dengan incik jpj yang bawa dia ke jalan raya. Memang rezeki kawan aku jugak walaupun enjin mati di tiga penjuru tapi still xkene turun kete. Adeshhh! sangat baek kot. Motip dorang baek sebab kitorang maybe budak UPSI yang perlu menduduki final di sebelah petangnya dan kami merupakan special pesaket dan perempuan.perempuan cantek gitu.


CANTEK? (perasan banyak)


Ofkoz la.. hahahha. Kalau xcantek, comel dan perasan tak dapat kot test kat bukit 3 kali kot. Hah? Sape mau bagi kalau kete meluncur ke belakang boleh repeat bukit 3 kali? Sape mau bagi kalau terlanggar lampu isyarat tapi tak dijatuhkan kesalahan mandatori? Hehehe.. hanya incik-incik JPJ Tapah yang berbudi bahasa tue saje yang bagi. Kondisi ujian di bukit membuatkan aku teringat dan terhutang budi pada En. Mohd Junazly B. Sariffuddin salah seorang Pengurus Pengangkutan Jalan JPJ, Tapah yang menanti aku di bukit sebanyak 3 kali tadi. Aku hanya mampu melihat incik tue menepuk-nepuk dahi beliau melihat gelagat aku. Selagi boleh merayu.. rayulah! apa mau malu?? hahaha.. ceh! Patot lulus.



Situasi di mana aku amat terhutang dengan pegawai yang tunggu di bukit tadi..



Sebelum ni kalau latihan, kereta aku hanya meluncur ke belakang time mula bodoh-bodoh kenal kete dan pegang stereng je! Lepas tue dah tak berundur ke belakang lagi. Tp tadi terberundur sebanyak 3 kali bila kaki xdapat tekan clucth sebab terketar-ketar. Nie maybe rejeki aku kot xnak kasi repeat lagi.


Tue baru kesah tentang bukit. Kesah tentang parking xde ok! Ok kot parking 2. Hanya mengambil masa dalam 2 minit lebih untuk selesaikan parking. Bukan aku cakap, tapi JPJ 2 yang take time. Hehehe.. Then kesah jalan raya bermula. Pegawai yang lead aku tadi En. Azmizi. Sepanjang jalan kenangan incik nie cakap, next week boleh datang buat sekali lagi sebab tadi langgar lampu isyarat. Bercelaru kot incik ni ugut-ugut aku sepanjang jalan tadi. Memang aku tak fokus langsung sampai tak tentu arah.


Lastly, sampai je dalam IMK incik 2 pun tersenyom suruh sign! Alhamdulillah, LULUS. Driving macam sewel pun incik tu kasik lulus. Maybe incik tu kesian kat aku kot? Kan muka aku muka kesian. Aku hanya mampu cakap terima kaseh incik~ Tu je la.. lebih-lebih aku xtau..

.
.
.
.
AKHIRNYA
.
.
.
.
.


jeng3.


TADAAAAAA~





dan BERSEDIA untuk..


 :P


p/s: terima kaseh incik-incik JPJ yang baek hati ^^



Sabtu, 16 April 2011

Sindrome-Sindrome Final Exam

1. Membaca tanpa menghiraukan sekeliling. Yang kepoh jadi pendiam. (Orang masuk keluar bilik pun tak perasan, kalau orang tanya pun muka pandang nota je, jawab pon nak tak nak. Kalau jalan-jalan tersepak batu tu, reaksi dia lambat sikit. Sebab otak full load)


2. Membaca dengan kadar yang cepat. (Entah paham ke tak belakang kira, sebab nak jawab subjektif, hentam pon boleh, yang penting ada point nak goreng). Tapi, leceh kadang2 aku tergoreng sampai hangit sebab tue pointer aku tak jejak 3.80. Hampeh!


3. Nak turun cafe tu fikir 2,3 kali. Tak pun sekali sehari je. Tu pun bungkus. Cepat. Jimat masa makan kat bilik. Sambil makan boleh membaca apa yg patut.


4. Time nak exam baru laaa nak full semayang. Solat sunat sampai nak batal air sembahyang. Doa macam-macam. (dan.dan. tapi alhamdulillah)


5. Agak yang nak mereng tu start la nak bukak mp3 volume paling sakit telinga. Tapi time ni memang tak sakit telinga. Sebab sakit otak lebih dari sakit telinga.


6. Masa tidur pon boleh terbayang-bayang yang baca tadi (Ada tu siap ambik handout letak tepi bantal. Moga-moga dapat buat daya serapan terus lagi bagus.


7. Masa borak dengan kawan pun cakap pasal pelajaran je. (Ni part tak leh blah la. Time mandi pun ada yang tanya-tanya. Dahsyat. Kalau aku terlalu overload aku akan terhafal sume2 2 kat dalam toilet. Ada aku kesah?)


8. Kalau main message tu balas sikit-sikit je. Pendek-pendek. Tak de mase nak fikir taip panjang-panjang.


9. Sebab nak exam duduk dalam bilik je. Mengadap handout, buku, nota.nota. (Jadi beruang kutub, sampai rambut serabai pon tak perasan) selalunye merayau g bilik orang. Tak pun kluar. Pegi main bowling lah. Tgk wayang lah. Pantang ade mase terluang.


10. Nak buang sampah pun terbawak pen. (Ni kes cuak sangat ni. Macam jebon punyer perangai time aku nak exam).


11. Agak2 stok meggi tu habis kot untuk orang yang gila study. Jimat masa nak turun cafe masak air je pastu letak meggi. Nak budak pandai sikit tak makan meggi. Minum milo. Makan biskut hup seng ke, nestum ke. Roti memang dah prepare dah. Suruh member beli. (Tapi, milo aku dah berbulan-bulan haram tak minum. Sekarang tengah giler Omega kot).


12. Nak bukak facebook rasa tak senang gila. Perghh.
Membazir masa. (Time ni memang tertekan gila. Kena berperang dengan diri sendiri nak bukak facebook, formspring, blog sebab laptop depan mata. Kabel/wifi kat sebelah je. Exam minggu depan. Nanti duduk depan facebook memang buku OFF9 terus.)


13. Time ni ah baru bukak buku tebal. Bukak kamus tu yang tak tahan tu. Masa lecture dulu tak faham tak de hati pulak nak bukak kamus kan. ;P


14. Asyik-asyik tengok jam je. Sampai tak cukup jam handphone, jam tangan. Tanya lagi member sebelah. Haihhh. Keliru sangat budak nih.


15. Stok Nescafe, kopi tongkat ali, kopi mak dara, cucu dara semua memang ade lah. Nak stay up. (Sori, aku memang xlayan kaffein. Kang aku mabuk kepayang lagi giler xstudy).


16. Hah. Ni memang sure. Meja studi bersepah gila. Mana dengan highlighternya. Pen biru, hitam , merah. Kertas-kertas memang confirm bersepah punya. Agak2 ade nota yang hilang tu mula nak naik angin. Buku semua terbukak. Kalau ada buku tambahan dari library tu semua nak dibukaknya serentak. Ada tu 4,5 buku serentak bukak. (Meja aku xubah macam perempuan gila talak mengamuk!)


17. Masa ni lah status facebook, blog “mintak maaf. Doakan exam nanti”. (Haha, pemes kot ayat empati simpati cenggini).


18. Muka blurr je. Sebab otak dah full tank. Makan sorang-sorang pon dah tak heran. Sebab tak nak membazir mase lepak ramai-ramai. Nanti ade je bende nak borak.


19. Kalau nak cakap pon tersasul-sasul. Salah cakap. Pastu cakap benda merepek je. Muka dah la cam zombie. Cakap merepek-repek sebab otak fikit handout, nota tak baca lagi vs nak jalan-jalan. Nak borak-borak. Sampai satu tahap rasa nak rebus buku dengan handout semua. Lagi merepek die cakap sebenarnye, lagi banyak topic die tak cover tu.


20. Time ni jugak lah baru terfikir kenapa lah aku tak study awal2. Kan senang. Haihh. Pastu ada pulak yang buat azam untuk semester depan. Tak nak buat dah macam sem sekarang. *padahal tiap2 sem azam sama. Tak berubah gak. Tak pun menjadi semangat dia masa awal sem je. Sampai minggu ketiga dah hancusss. (Aku minggu ke-14 pun haram xinsaf. Still update belog. Bengong seh!)


21. Memang gaban kalau ikut pesyen aku. Time exam kadang-kadang aku tido berselimutkan nota. Naseb je tak tumpah ayaq liuq basi kat kertas tue. Kadang-kadang time tengah hafal aku tertido. Then bila ada membe masuk bilik secara automatik aku akan continue study. Bila dia keluar secara automatiknya juga aku tertido. (Serabai macam orang gila. Mak aku gamak kalau tengok pun xkenai).


Wallahu'alam......................






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...