Followers

Sabtu, 16 April 2011

Sindrome-Sindrome Final Exam

1. Membaca tanpa menghiraukan sekeliling. Yang kepoh jadi pendiam. (Orang masuk keluar bilik pun tak perasan, kalau orang tanya pun muka pandang nota je, jawab pon nak tak nak. Kalau jalan-jalan tersepak batu tu, reaksi dia lambat sikit. Sebab otak full load)


2. Membaca dengan kadar yang cepat. (Entah paham ke tak belakang kira, sebab nak jawab subjektif, hentam pon boleh, yang penting ada point nak goreng). Tapi, leceh kadang2 aku tergoreng sampai hangit sebab tue pointer aku tak jejak 3.80. Hampeh!


3. Nak turun cafe tu fikir 2,3 kali. Tak pun sekali sehari je. Tu pun bungkus. Cepat. Jimat masa makan kat bilik. Sambil makan boleh membaca apa yg patut.


4. Time nak exam baru laaa nak full semayang. Solat sunat sampai nak batal air sembahyang. Doa macam-macam. (dan.dan. tapi alhamdulillah)


5. Agak yang nak mereng tu start la nak bukak mp3 volume paling sakit telinga. Tapi time ni memang tak sakit telinga. Sebab sakit otak lebih dari sakit telinga.


6. Masa tidur pon boleh terbayang-bayang yang baca tadi (Ada tu siap ambik handout letak tepi bantal. Moga-moga dapat buat daya serapan terus lagi bagus.


7. Masa borak dengan kawan pun cakap pasal pelajaran je. (Ni part tak leh blah la. Time mandi pun ada yang tanya-tanya. Dahsyat. Kalau aku terlalu overload aku akan terhafal sume2 2 kat dalam toilet. Ada aku kesah?)


8. Kalau main message tu balas sikit-sikit je. Pendek-pendek. Tak de mase nak fikir taip panjang-panjang.


9. Sebab nak exam duduk dalam bilik je. Mengadap handout, buku, nota.nota. (Jadi beruang kutub, sampai rambut serabai pon tak perasan) selalunye merayau g bilik orang. Tak pun kluar. Pegi main bowling lah. Tgk wayang lah. Pantang ade mase terluang.


10. Nak buang sampah pun terbawak pen. (Ni kes cuak sangat ni. Macam jebon punyer perangai time aku nak exam).


11. Agak2 stok meggi tu habis kot untuk orang yang gila study. Jimat masa nak turun cafe masak air je pastu letak meggi. Nak budak pandai sikit tak makan meggi. Minum milo. Makan biskut hup seng ke, nestum ke. Roti memang dah prepare dah. Suruh member beli. (Tapi, milo aku dah berbulan-bulan haram tak minum. Sekarang tengah giler Omega kot).


12. Nak bukak facebook rasa tak senang gila. Perghh.
Membazir masa. (Time ni memang tertekan gila. Kena berperang dengan diri sendiri nak bukak facebook, formspring, blog sebab laptop depan mata. Kabel/wifi kat sebelah je. Exam minggu depan. Nanti duduk depan facebook memang buku OFF9 terus.)


13. Time ni ah baru bukak buku tebal. Bukak kamus tu yang tak tahan tu. Masa lecture dulu tak faham tak de hati pulak nak bukak kamus kan. ;P


14. Asyik-asyik tengok jam je. Sampai tak cukup jam handphone, jam tangan. Tanya lagi member sebelah. Haihhh. Keliru sangat budak nih.


15. Stok Nescafe, kopi tongkat ali, kopi mak dara, cucu dara semua memang ade lah. Nak stay up. (Sori, aku memang xlayan kaffein. Kang aku mabuk kepayang lagi giler xstudy).


16. Hah. Ni memang sure. Meja studi bersepah gila. Mana dengan highlighternya. Pen biru, hitam , merah. Kertas-kertas memang confirm bersepah punya. Agak2 ade nota yang hilang tu mula nak naik angin. Buku semua terbukak. Kalau ada buku tambahan dari library tu semua nak dibukaknya serentak. Ada tu 4,5 buku serentak bukak. (Meja aku xubah macam perempuan gila talak mengamuk!)


17. Masa ni lah status facebook, blog “mintak maaf. Doakan exam nanti”. (Haha, pemes kot ayat empati simpati cenggini).


18. Muka blurr je. Sebab otak dah full tank. Makan sorang-sorang pon dah tak heran. Sebab tak nak membazir mase lepak ramai-ramai. Nanti ade je bende nak borak.


19. Kalau nak cakap pon tersasul-sasul. Salah cakap. Pastu cakap benda merepek je. Muka dah la cam zombie. Cakap merepek-repek sebab otak fikit handout, nota tak baca lagi vs nak jalan-jalan. Nak borak-borak. Sampai satu tahap rasa nak rebus buku dengan handout semua. Lagi merepek die cakap sebenarnye, lagi banyak topic die tak cover tu.


20. Time ni jugak lah baru terfikir kenapa lah aku tak study awal2. Kan senang. Haihh. Pastu ada pulak yang buat azam untuk semester depan. Tak nak buat dah macam sem sekarang. *padahal tiap2 sem azam sama. Tak berubah gak. Tak pun menjadi semangat dia masa awal sem je. Sampai minggu ketiga dah hancusss. (Aku minggu ke-14 pun haram xinsaf. Still update belog. Bengong seh!)


21. Memang gaban kalau ikut pesyen aku. Time exam kadang-kadang aku tido berselimutkan nota. Naseb je tak tumpah ayaq liuq basi kat kertas tue. Kadang-kadang time tengah hafal aku tertido. Then bila ada membe masuk bilik secara automatik aku akan continue study. Bila dia keluar secara automatiknya juga aku tertido. (Serabai macam orang gila. Mak aku gamak kalau tengok pun xkenai).


Wallahu'alam......................






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...