Followers

Isnin, 14 Februari 2011

Kecuakkan Seorang Bakal Guru

Monink.. monink.. Yeay! saya berjaya bangun dengan lebih awal walaupun saya tido agak lewat pagi semalam. Saya perlu lebih bersemangat untuk bangun awal sepanjang minggu ini untuk mempersiapkan diri. Hehe.. bunyi macam:

Orang Hendak Bertempur.

Memudahkan citer la ek? Walaupun saya seorang bakal guru, tapi saya tidak pernah mempraktikkan content yang saya belajar di sekolah. Boleh dikatakan, saya agak mudah untuk membuat Rancangan Pengajaran Harian ketika di dalam Dewan Kuliah dan saya berjaya mendapatkan A dalam subjek berkenaan. Tetapi, A bukanlah menjadi ukuran untuk saya pada minggu depan andainya saya hanya tahu menerangkan tentang teori pembelajaran itu dan ini tetapi saya gagal mempraktikkan teori pembelajaran tersebut ketika di sekolah pada hari Isnin nanti.

Saya sudah diberi subjek Pengajian Am untuk mcro teaching nanti bertepatan dengan kos yang saya ambil sekarang. Jadi saya perlu membuat penyesuaian content dan masa. Masa yang diberi oleh SMK berkenaan hanyalah selama 35 minit. Agak menyusahkan saya untuk menserasikan 35 minit berbanding dengan RPH yang saya buat iaitu 80 minit.

Kecuakan saya kerana sepanjang tempoh 3 tahun di UPSI, saya tidak pernah mempraktikkan apa yang saya belajar di sekolah, tetapi pada semester ini saya diarah ke sekolah dan saya perlu mengajar subjek Pengajian Am. Perbezaan pelajar dengan saya hanyalah 3 tahun. Tiada masalah antara saya dengan mereka, cuma saya terpaksa mencuri sedikit masa untuk lebih serasi dengan bakal pelajar saya.

Untuk menghilangkan anxiety, saya perlu bersedia dengan kandungan yang bakal diajar nanti. Saya juga perlu mendisiplinkan diri supaya tidak tersasar jauh dengan Rancangan Pengajaran saya. Semoga, dengan langkah pertama ke sekolah nanti, ianya akan memberi pengalaman sebenar saya sebelum saya melangkah ke alam persekolahan pada semester hadapan.

Moga bakal student aku tak jadi cemgini!

6 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...