Followers

Daisypath Anniversary tickers

Ahad, 13 Februari 2011

Lappyku Hanyir Dimandi Telur

Kalau orang makan telur dengan kicap tapi utk minggu ni lappyku bermandi manda bersama telur. Sumpah! sampai sekarang lappyku hanyir. Kalau aku anak orang kaya, aku xnak guna lagi lappy nie. Hanyir. Meloya tekak dengan keadaan aku yang kurang sihat.

Kesihatan yang tidak mengizinkan sedikit mengganggu konsentrasi dan tumpuan aku pada minggu ini. Sampaikan bila aku naekkan status kat FB tentang telur pecah atas keybod lappy aku, seakan-akan mereka tidak percaya. Mereka tertanya-tanya. Oh! ialah korang sihat walafiat dan aku pula masih menggendung sindrom penyakit time tue.

Aku dalam sedar dan tidak sedar menggenggam telur sekuat mungkin. Siyesly, aku xtau tibe2 aku pegang telur 2 kuat-kuat. Hipotesis genggaman aku tue sah2 la telur tue pecah dan mengalirkan cecair kuning atas lappy aku. Giler, aku macam nak jerit kuat-kuat berbekalkan suara yang tidak mahu keluar. Time tu aku hanya pk bahan tesis aku. Yang laen aku xkisah. Hilanglah pape je asalkan tesis aku tak diganggu.

Hampir sejam aku terbalikkan lappy, sah-sah kuning telur tue bertakung xhenggat dunia. Rasa macam aku nk sembur sume jenis perfume aku time 2. Hanyir. Sumpah aku nak termuntah. Sampai sekarang hanyir tue masih melekat. keypad lappy aku pun makin kiat sebab cecair 2 dah mengeras. Rumet aku pesan ambil la cecair dettol 2 then cuci. Tapi aku macam xyakin je.

Pasnie.. sumpah telur aku takkan letak kau dalam laci aku lagi.





2 ulasan:

  1. lorh....ciannye...sabaq je la k.. =)

    BalasPadam
  2. hurmmm.. cedey tau..
    naseb keypad xhang.. skunk da kiat ni..
    takut aihh

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...