Followers

Daisypath Anniversary tickers

Rabu, 14 Julai 2010

:: LurUSkAN hAt!kU tUHaN ::

Ya ALLAH..
dengan berkat NabiMu
dan berkat guruku
luruskan hatiku
agar agamaku lurus
agar aku IKHLAS selalu
lesapkanlah hatiku
agar aku tidak tergugat
dengan ujian yang menimpa


Ya ALLAH..
Tuhan yang mencipta hati
bersihkanlah hatiku
agar mazmummahku
tidak merosakkan agamaku
dan juga tidak merosakkan
kehidupan insan-insan di sekelilingku.
Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati
kuatkanlah hatiku
agar keyakinanku tidak berubah
supaya aku sentiasa tabah.
Tuhan...
ENGKAU rasakanlah hatiku
sentiasa bersamaMu
supaya aku rasa
ada kawan melindungiku
agar aku tak rasa SEPI 
di dalam hidupku
aku merasa malu
melanggar perintah
dan sentiasa siap sedia
melaksanakan perintahMu


Ya ALLAH..
Tuhan yang menjaga hati
lindungi hatiku
agar seluruh hidupku menjadi baik
supaya tidak khianat
dan tidak hasad
dan tidak berdendam sesama manusia


Tuhan..
limpahkanlah ke dalam hatiku
iman
agar aku dapat menyuluh hati
dan menyuluh kehidupanku
semoga zahir dan batinku menjadi taat


Tuhan..
ku harap ENGKAU
makbulkan doaku ini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...