Followers

Daisypath Anniversary tickers

Sabtu, 10 Julai 2010

:: hAt! yANg mENaNg!S ::

بسم الله الرحمن الرحيم


Kadang-kadang manusia hanya berkata
Aku cinta ALLAh
Walhal segala ma’aruf tidak dilakukan
Malah mungkar makin bertimbun-timbun
Tahajud kemanA… istighfar kemana..
Ya ALLAh ampunilah daku…


Kadang-kadang manusia hanya berkata
Aku cinta MUHAMMAD
Walhal sunnah baginda tidak diikuti
Segala budi perkerti insan tersebut tidak dicontohi
Malah cinta padaNYA tidak sekuat mana
Ya MUHAMMAD engkaulah sebaik-baik penyampai…


Kadang-kadang manusia hanya berkata..
Tapi tidak mampu melakukan
Diri ini sedih.. sedih pada diri.. pada sahabat-sahabat lain
Aku mampu melihat akan kemungkaran
Aku tidak melakukan sesuatu
Ade orang lain boleh tegur..
Aku tidak baik..
Kubur lain-lain buat apa nak sibuk?
Ayat-ayat yang sentiasa didengari
Mengelilingi hati.. sehingga hati tertutup


Tidakkah kita sedar an naar tidak pernah menipu?
Soalan yang mahir dihafal..
Mampukah kita nak jawab depan mungkar dan nakir..
Soalan yang dah lama bocor?
Mampukah kita nak berhadapan di mahkamah yang paling adil?
Mampukah kita menipu Al mizan?

Ya ALLAh air mataku makin kuat mengalir..
Bantulah aku ya ALLAH..
Janganlah Engkau membolak balikkan hati ini setelah Engkau memberi petunjuk
Diri ini terlalu lemah YA ALLAH..
Hanya padamu ku mengadu..
Tiada tempat lain sebaik-baik pengaduan selain dariMU
Ku biar air mata ini mengalir
Terus mengalir..
Agar rasa takut dan gentar padaMU tidak akan hilang
dikaburi dgn cinta dunia...
Ampunilah aku ya ALLAH.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...