Followers

Daisypath Anniversary tickers

Jumaat, 9 Julai 2010

:: jAd!LaH yANg tErbAEk ::


Ukhtiku...


Tidakkah kamu telah menyaksikan kebesaran Allah dalam penciptaan dirimu?
Tidakkah kamu berfikir zat yang mencipta dirimu sedemikian hebat?
Begitu mengambil berat tentang dirimu dan perkembangan dirimu dalam ‘comfort zon’ ibumu?


Siapa yang mengurniakanmu rezeki tatkala kamu begitu lemah tidak berdaya dalam rahim kandungan ibumu?
Dimana lelaki pujaanmu tatkala kamu belum mengerti apa-apa?
Dimana jejaka idamanmu tatkala kamu belum melihat dan mendengar?


Kemudian, setelah kamu menjengah dunia…
Masihkah kamu tergamak membelakangkan zat yang benar-benar menyintaiMu?
Zat yang benar-benar menguasai dirimu…
Untuk sebuah cinta serpihan dari makhluk bernama lelaki?


Aku telah menyaksikan…
Betapa ramai gadis yang kecewa kerana bergantung didahan nan rapuh…
Dan Aku telah menyaksikan…
Betapa gadis bahagia itu…
Tetap teguh bergantung pada zat yang maha tinggi…


Gadis itu… Buta….
Buta dari menjajah wajah-wajah tampan lelaki ajnabi…
Disimpan pandangan mempesona untuk yang halal..
Gadis itu…. Tuli…
Tuli dari mendengar seruan yang menjauhkan dirinya dari kalimah Allah… Allah… Allah… Allah…
Gadis itu… Bisu..
Bisu dari menuturkan kalam lagha… mengumpat… mengeji… menghukum.. memfitnah… mengadu domba… memujuk rayu lelaki bukan mahramnya…
Lidahnya hanya menuturkan kata yang diredai Pencipta lidah itu sendiri…Gadisku..Tenang dan bahagia hanya ada padaNya…


* (pesanan untuk sahabat2 yg dikasihi dan untuk diri saye sndiri, smgo kite sntiase di bawah lindungan payung rahmat Ilahi.. Ameen Ya Rabb..)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...