Followers

Daisypath Anniversary tickers

Rabu, 12 Mei 2010

:: ROS ::

Minggu yang bermakna buatku. Aku memulakan Rancangan Organisasi Sekolah (ROS) pada 10/05/2010 sehingga 21/05/2010. Aku menggalas cabaran dari UPSI dengan memegang status sebagai GURU PELATIH“SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ARAU” sepanjang berlangsungnya ROS. Agak kekok untuk kembali ke sekolah setelah 2 tahun aku meninggalkan alam persekolahan. Aku kembali ke sekolah yang mendidikku menjadi seorang insan seperti sekarang.
Aku diberikan guru pembimbing yang berpengalaman dalam Tingkatan Enam di sekolah berkenaan iaitu En. Kamaruddin. Alhamdulillah.. aku mampu berkolabrasi dengan baek bersama beliau. Beliau membimbingku sepanjang berlangsungnya ROS. Untuk tugasan yang pertama selepas melaporkan diri, aku terus diletakkan bersama-sama pelajar Tingakatan Enam Atas untuk mengendalikan sesi orientasi pelajar Tingkatan Enam Bawah yang baru sahaja mendaftarkan diri di sekolah berkenaan. Hari pertama yang cukup bermakna.. aku mampu menyesuaikan diri dengan semua pelajar tingkatan enam bawah yang baru mendaftarkan diri di sekolah berkenaan.
Mereka turut memberikan kerjasama yang baik sepanjang berlangsungnya orientasi. Terdetik di hati, aku bangga melihat ANAK DIDIK guru-guruku berjaya sehingga ke saat ini. Hari pertama jua, aku menapakkan diri ke dalam kelas 4MPV. Aku melangkah masuk dengan penuh harapan iaitu ingin berkongsi pengalamanku sepanjang berada di sekolah berkenaan. Alhamdulillah.. mereka turut memberikan kerjasama. Terharu.. tatkala itu juga.. mereka memanggilku dengan gelaran “CIKGU”. Walau rasa tidak layak, tetapi gelaran itu menyedarkan aku.. aku adalah bakal pendidik yang bakal mendidik warisan mereka satu hari nanti.
Berkongsi pengalaman dan kejayaan bersama mereka merupakan kepuasan untukku. Tiada langsung niat untuk membangga diri yang kerdil ini, tetapi hanya ingin berkongsi kejayaan seorang kakak bersama adik-adiknya. Apabila aku melangkah masuk sahaja ke SMK ARAU, naluri sebagai seorang bakal pendidik begitu menebal dalam diri ini. Terasa.. sayangnya aku terhadap anak bangsa. Entah dari mana terdetik perasaan itu dan kini aku berada di dalam situasi yang sebegini. Terlalu sayang melihat anak bangsaku sendiri.
Di sini juga, timbul 1 perasaan yang sukar digambarkan. Aku tidak sanggup melihat anak-anak bangsaku gugur dalam perjuangan mereka sendiri. Beginilah naluriku saat dan detik ini. Sesungguhnya, walau tidak pernah mengenali sebahagian besar adik-adik di SMK ARAU, tetapi aku terlalu menyayangi  mereka semua. Seakan ingin sahaja mendidik mereka dengan ilmu yang tidak seberapa ini. ROS aku masih berbaki.. Insya Allah akan aku gunakan peluang yang bersisa ini dengan sebaeknya. Akan aku terus dekati mereka kerna naluriku sebagai seorang bakal pendidik timbul dek semangat dari mereka semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...