Followers

Daisypath Anniversary tickers

Khamis, 29 April 2010

:: UntUkMu nAb!LA ::

Alhamdulillah.. terima kasih ALLAH. Aku masih lagi bernafas seperti hari-hari yang lepas. Namun, ada sedikit kelesuan yang masih bersisa mendampingiku. Tapi.. tidak mengapa.. aku semakin kuat. Entah dari mana aku menggeledah semangat ini. Yang pastinya dari seorang wanita yang bernama ibu.

Beliau tidak pernah henti menelefonku memberi semangat. Alhamdulillah.. berbekalkan semangat itu aku masih meninta di sini. Terima kasih juga Ya Allah. Kau kurniakan aku seorang kawan yang baik. Biarpun aku tidak mengenalinya, menatap mukanya dan aku hanya mampu mendengar suara manjanya sahaja.. namun dia yang banyak menyuntikku dengan jarum semangat. Tatkala aku menangis dia datang tanpa diduga.

Terkadang aku malu untuk berkawan dengannya. Rasanya aku tidak layak dianggap kawan. Kerna ketika dia memerlukan aku entah di mana sahaja aku pergi, tetapi tika dan saat aku memerlukannya.. dia sentiasa ada. Dia juga yang menenangkanku ketika mengharungi saat-saat BODOH itu.

Terima kasih Nabila. Kamu seorang sahabat yang sukar dicari ganti. Terima kasih juga kerna kamu mampu memberi ruang untuk hati kamu merasa apa yang saya rasa untuk tempoh hari. Masih terngiang-ngiang suaramu di benakku "Sedeynye suara kau.. Sabar ok. Laen kali kalau aku call, aku xnak dengar suara kau macam nie lagi. Serius.. aku nak nanges dengar cerita kau. Aku harap kau sabar. Mungkin Tuhan ingin menguji. Jangan putuskan doa kau dengan Allah ok?"

 Terharu.. kerna aku tidak pernah menyimpan hasrat yang sebegini untuk seorang sahabat yang tidak pernah bersua muka. Hanya suara yang menjadi penghubung. Namun.. seorang sahabat ini juga menginginkan setiap rasa hatiku yang rabak tempoh hari dikongsi bersamanya. Bukan ingin meraih simpati sesiapa, tetapi persahabatan yang telah kami kongsi lebih kurang 2 tahun sentiasa menariknya untuk merasai setiap daripada keperitan yang aku alami.

Nabila.. tiada kata yang boleh menandingi keikhlasan kamu dalam bersahabat. Semoga persahabatan yang dibina atas landasan keikhlasan ini sentiasa dirahmati olehNya. Andai ada jodoh.. InsyaAllah.. masih tebal harapan di hati untuk berjumpa dengan kamu. Moga 1 hari.. takdir Tuhan menemukan kita.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...