Followers

Daisypath Anniversary tickers

Jumaat, 8 April 2011

Lagi Hal Yang Membabitkan Sekolah di Perlis

Baru 3 atau 4 hari yang lepas, institusi sekolah dikejutkan dengan berita kematian pelajar darjah 1 yang meninggal akibat daripada kegilaan guru sekolah terbabit. Semalam, masih lagi membabitkan Negeri Perlis, seorang guru yang berusia 37 tahun telah retak tulang hidung ditumbuk oleh pelajar.
 
Melihat kepada pernyataan guru terbabit bahawa beliau ingin meleraikan pergaduhan sekumpulan pelajar yang bergaduh di hadapan kelas, akhirnya
.
.
.
.
.

dush.. dush.. dush!

DITUMBUK!


Kalau dahulu, sekolah merupakan sebuah institusi yang paling selamat untuk didiami oleh guru dan pelajar. Namun, istilah sebegini tak boleh digunapakai lagi pada alaf ini, apabila institusi sekolah ini sendiri menyaksikan pelbagai kejadian yang sadis-madis seperti pembunuhan, perkosaan dan yang paling popular pergaduhan. Lebih menggusarkan lagi hati seorang guru apabila nyawa guru juga turut menjadi taruhan di sekolah.
 
 
Rasanya, sudah sampai seru dan ketikanya, Kementerian Pelajaran Malaysia perlu mengambil langkah pencegahan untuk merawat kembali 'penyakit-penyakit kronik segelintir pelajar dan guru' seperti-seperti ini.




4 ulasan:

  1. ni la budak2 sekarang. mcm da takde pertimbangan.

    BalasPadam
  2. em.. kesian cekgu tu~ xtau la bdk2 zmn skrg ni..

    BalasPadam
  3. huhuhu...mereka memang sampai hati wat cmtu kan...aduuhh yg ditumbuk tu cikgu perempuan la...teruknye student situ...=(

    BalasPadam
  4. Nurul Eiman Hikmah: em.. kdg2 kite pun xtau nape student 2 bleh tumbuk ckgu 2 kan? brangkali ade mis communication yg berlaku

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...