Followers

Ahad, 16 Januari 2011

:: Susahnya.. Bila Serumah Dengan P.E.N.G.O.T.O.R ::

Entri ini bukan memalukan sesiapa. Ikhlas tidak terlintas untuk memalukan housemate sendiri lebih-lebih lagi kau ialah senior aku yang berumur '28 TAHUN'. Cuma ingin meluahkan sedikit perasaan yang terpendam setelah setahun aku serumah dengan kau. Maaf! aku takkan sesekali memanggil kau dengan gelaran akak lagi. Tiada lagi rasa hormat aku pada senior yang bernama 'kau'.

Penampilan CANTEK tak semestinya BERSIH!


Aku.. bukan pembersih. Aku akui aku juga kotor tapi aku masih tahu adab ketika tinggal serumah. Perbezaan umur kita adalah 6 tahun. Jujur, pada mulanya sebelum aku diputuskan serumah dengan kau, aku terlalu mengagumi engkau wahai senior. Tebal rasa hormat aku bila berselisih dengan kau. Tapi, untuk semester lepas rasa hormat itu kian luntur dan pada semester ini hilang terus rasa hormat aku pada kau.

Ok.. aku akui salah aku sebab lantang memerli kau. Mana tidaknya kau terlalu daif dalam menjaga kebersihan. Sepanjang setahun kita serumah, tak pernah sekali aku nampak kau sapu bilik telahlah kau nak menyapu rumah. Ok la sebab tu bilik kau. Kalau pinggan kau makan, kau tak pernah rasa bersalah bila tak basuh. Sudahlah kau guna HAK MILIK ORANG, then kau lempar sampai hampir berkulat. Kalau kau tapau makanan, kau tak pernah pun nak buang bekas-bekas dalam tong sampah. Mungkin, kau fikir ada kuli batak dalam rumah ni. Paling aku hilang sabar bila kau gunakan tandas. Tahulah kau jijik nak basuh.. tapi lepas orang basuh tak jijik pula kau nak guna. Sudahlah kau guna malas pula kau nak flush.

Aku hormat dan aku selalu flushkan semua sisa-sisa yang telah kau laburkan sebelum aku gunakan tandas tu. Tapi.. sampai bila aku sanggup buat macam tu? Adik aku punya najis pun aku tak pernah flushkan. Rumet aku selalu mengadu tandas kotor dan berbau. Kalau kau adik aku, sah-sah aku dah ketuk kepala sebab da tegur tapi masih buta hati. Siap aku tampalkan memo dalam tandas, tapi kau butakan mata dan bodohkan diri je nak buat. Bukan susah la hey! umur kau dah 28 tahun, hujung tahun ni kau dah nak kawen takkan la benda bodoh tu pun kau tak bley nak buat.

Bayangkan.. kau penat-penat balik dari kuliah.. bila nak gunakan tandas kau nampak macam-macam dalam mangkuk tandas. Kau geram tak? Kalau kau tak geram memang sah-sah kau ni pengotor tahap cipan. Tapi.. kalau kau geram pun sah-sah la aku cop kau pengotor. Kenyataan aku diselitkan bersama bukti. Bila kau dah kene 'sound-sound ayam' dengan aku aritu memang dada kau terbakar la then terus kau delete aku dari FB. Nape kau tak block aku terus? Lepas tu muka kau pun mula masam mencuka. Untuk pengetahuan kau aku tak pernah amek port pun dengan perasaan kau.

Serius.. aku benci serumah dengan kau. Benci sebab kau pengotor. Nasib sem depan aku akan keluar praktikum.. kalau tak makin bertambah dosa aku mengutuk kau! (mengutuk la.. sebab dah sound pun tak jalan....)


mangkuk ni pun benci kalau kau bertenggek atas die!!

4 ulasan:

  1. urmmm... ssh la 2 dpt kwn cm uh...2 bkn kwn nme nye..2 adlh lawan.... sbgai seowg guru..ap kte akq cbe psiko dy cket...tny dy np dy mlz cm uh... =)

    BalasPadam
  2. hehehe.. die da tua.. malas mau ckp lagi.. da nk kawen da..
    kawen pandaiiiiiiiiiii.. haha

    BalasPadam
  3. ssh la 2 dpt kwn cm uh...2 bkn kwn...2 adlh lawan..ap kte... sbgai aowg bkal guru..akq cbe psiko dy =)

    BalasPadam
  4. aaii..geram nye dgn org mcm ni..org mcm ni jgn d bagi muke sgt..petah lagi kaki..da pakai brg..wat mcm reta dy pulak...mmg la hangin..same la kite~

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...