Followers

Daisypath Anniversary tickers

Selasa, 11 Januari 2011

:: Khabar Angin Laman Sosial Fb Bakal Ditutup. Mengapa Perlu Melenting? ::

Rasanya khabar angin mengenai penutupan laman sosial Facebook hasil ciptaan Mark Zuckerberg semakin hangat diperkatakan. Hangat diperkatakan oleh remaja-remaja atau barangkali mak ayah remaja sekalipun yang telah memasuki zon 'ketagihan' dengan laman sesawang tersebut. Peliknya, mereka-mereka ini seakan-akan melenting dengan khabar angin itu apabila terdapatnya status mengenai penutupan tersebut diupdate di facebook. Persoalannya, mengapa perlu melenting?

Ok.. saya terima semua komen dari teman-teman facebook saya sendiri. Mereka mengatakan tentang kebaikan facebook:

1) Medan pertemuan dengan sahabat lama.


2) Tempat penyebaran maklumat paling pantas pada masa kini.

3) Boleh bertukar-tukar pendapat.

4) Tempat melepaskan 'boring' jika assignment banyak.

5) Lain-lain (apakah lain-lain itu kebaikan?)


Peliknya, mereka tidak pula bercakap mengenai kontranya. Ok la, di sini saya nyatakan keburukan facebook berdasarkan penilaian terhadap diri sendiri dan pengalaman dari masyarakat luar:

1) Tempat membuang masa.

2) Medan untuk meruntuhkan institusi rumah tangga. Saya menaip bukan dengan minda yang kosong tetapi dengan pengalaman orang-orang di sekeliling. Bayangkan, pasangan yang baru berkahwin bergaduh gara-gara facebook hingga hampir bercerai.

3) Tempat membuka aib. Bahkan parti2 politik yang berlainan fahaman turut menggunakan laman ini sebagai tempat untuk mengaibkan sesama sendiri. Sedar atau tidak, orang bukan Islam sebenarnya menyaksikan kecetekkan orang Islam sendiri.

4) Tempat menaikkan pelbagai status-status yang cukup baik saya labelkan sebagai status 'MURAHAN' untuk meraih komen dari kawan.

5) Tempat untuk melelong 'AURAT'. Pelbagai gambar yang menjelikkan dipaparkan di situ. Motif untuk meraih komen-komen lelaki.

6) Tempat untuk berkenalan sehingga membawa kepada KETERLANJURAN. Sekali lagi, saya menulis dengan bukti. 

7) Tepuk dada, tanya minda!


Tak perlu mendengar atau menilai pandangan masyarakat, cukuplah sekadar menilai sendiri pendapat pemilik syarikat ini. Memetik kenyataan Zuckerberg "Facebook sudah di luar kawalan saya dan tekanan menguruskan syarikat ini telah mengganggu hidup saya. Saya perlu hentikannya untuk menggelakkan tekanan ini. Saya tidak kisah mengenai wang. Saya hanya mahu kehidupan saya balik. Saya secara peribadi tidak menganggap ia sebuah keputusan besar. Secara jujurnya saya fikir ia (menutup laman Facebook) adalah untuk kebaikan. Tanpa Facebook orang ramai akan keluar dan berjumpa dengan rakan-rakan, itu adalah lebih baik".

Mark Zuckerberg

Jadi, mengapa kita yang hanya menjadi penumpang kepada syarikat tersebut perlu melenting? Zuckerberg yang hanya dalam tempoh 4 tahun sahaja mampu meletakkan dirinya sebagai jutawan muda berpunca dari hasil Facebook sanggup melepaskan kekayaannya kerana beliau kini mulai sedar akan kepentingan beliau yang semakin terjejas akibat dari bahana idea sendiri iaitu 

FACEBOOK!

p/s: apapun perlu diingat bahawa ini hanya KHABAR ANGIN semata-mata!

2 ulasan:

  1. setuju sgt2...ALHAMDULILAH bila dgr facebook nk ditutup..harap ni bkn sekadar khabar angin..aminn...*facebook byk keburukkan..sis sendiri melaluinya...~*

    BalasPadam
  2. saya x kisah pun facebook tutup,,teruja nak tengok reaksi budak2 yang addict sangat,,tapi ada orang kta,,diorang barat nh saje nak buat gempak je,,x taula

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...