Followers

Daisypath Anniversary tickers

Ahad, 2 Januari 2011

:: 2011 iTu iNdAh ::

Alhamdulillah, genap dan tepat 2 bulan tidak mengupdate belog kini saye kembali. Sebulan tidak membuat apa-apa penintaan di sini rupanya angka tahun itu telah bertukar. Jika sebelum ini galak memuja angka 2010, kini angka itu telah hilang. 2011 pula menyusul. Kelihatan permulaan 2011 itu indah. Untuk permulaan sahaja. Acuan keindahan itu tidak tahu akan kekal atau sebaliknya.

Syukur, peningkatan tahun semakin mematangkan kepada sesiapa yang ingin berubah. Untuk tahun ini, saya tidak melakukan penazaran yang agak melampau untuk ditunaikan. Tidak perlu mengkhianati diri dengan azam yang jelik, pelik dan memperbodohkan diri sendiri. Berazam itu mudah, tetapi melaksanakan itu payah. Hanya yang mampu sahaja akan berjaya. Oleh itu, saya tidak mahu menjadi salah seorang yang gagal. Gagal kerana hanya pandai berazam tapi tiada sebarang usaha ke arah merealisasikan semua fantasi itu menjadi realiti.

Apa pun yang berlaku untuk tahun 2010, tirai itu telah dilabuhkan. Tidak mampu diulangi, tetapi hanya mampu untuk diingati sebagai tauladan agar yang negatif itu bisa merubah ke arah positif. Satu hal lagi, untuk tahun 2011, saya telah memaafkan hati-hati yang pernah melukakan atau melakukan penghinaan pada saya suatu ketika dahulu. Tiada lagi dendam antara saya dan kalian.

Selamat datang 2011, labuhkan tirai 2010. Semoga saya terus diberi kekuatan untuk melaksanakan tanggungjawab yang belum selesai ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...