Followers

Daisypath Anniversary tickers

Khamis, 2 Disember 2010

:: sELamAt dAtANg kE aLAm tEs!S ::

Dengan rasa rendah diri, alam persekolahan semester lima telah melabuhkan tirainya. Suka duka perjuangan untuk semester kali ini hanya Allah yang Maha Mengetahui. Alhamdulillah, aku telah melakukan yang terbaik. Mata pena telah bermain tanpa sekatan. Untuk kali ini, yang aku harapkan semoga mata pena para pensyarahku ditarikan pula dengan sewajarnya mengikut budi bicara mereka yang paling halus.

Okei, tinggalkan itu semua. Berakhirnya semester lima bermakna berakhirnya alam main pondok-pondok walaupun aku bakal bergelar seorang guru. Namun, mainan tetap menjadi aktiviti dalam melengkapkan perjalananku di universiti ini. Untuk semester enam, aku sudah memasuki ke alam tesis. Alhamdulillah, masa yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Seperti tidak sabar mahu menjilid hasil kajianku itu walaupun fikiran masih lagi berlegar-legar mencari tajuk untuk proposal.

Senarai untuk penyelia tesis sudah dipaparkan. Dan alhamdulillah juga, syukur pada Allah yang menentukan pensyarah yang barangkali aku kira sebagai sangat pandai bertoleransi walaupun ianya berbangsa India. Budi bicara beliau terhadap pelajar boleh digredkan sebagai A+++++

Semoga, semuanya berjalan lancar pada semester hadapan. Selamat datang ke alam proposal.

>,<

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...