Followers

Daisypath Anniversary tickers

Rabu, 1 Disember 2010

:: aWaK! SaYa sAyANg aWaK ::

Awak.. saya sayang awak! Benar, saya tidak pandai berkata-kata atau bermadah yang membolehkan hati awak cair untuk saya seorang. Saya tak tahu awak, tak tahu bagaimana untuk saya katakan pada awak yang saya sayang awak. Kadang-kadang saya menangis disebabkan rasa rindu yang menggunung pada awak. Barangkali ini adalah adalah sebenar-benar rasa sayang saya pada awak. Saya akui saya bukan yang terbaik untuk awak tapi, berikan kepercayaan awak untuk rasa kasih dan sayang saya pada awak.

Untuk menyayangi dan mencintai awak sehingga ke saat ini bukanlah semudah yang disangka. Setiap hari, saya katakan pada diri bahawa saya akan menyayangi awak. Setiap hari yang saya lalui adalah atas rasa kasih dan sayang saya pada awak. Setiap hari doa untuk terus bersama awak menjadi motivasi untuk saya. Doa ini yang membuatkan saya masih terus kuat dan utuh untuk terus bersama awak. Doa ini juga yang menghubungkan kita walau jarak itu terus mendominasi hubungan kita. Hanya doa awak. Hanya doa itu yang menjadi landasan untuk saya terus bersama awak.

Pernah saya katakan pada awak setiap hari saya tidak pernah lupa untuk menyayangi awak. Itu adalah janji yang saya pegang. Ingat atau tidak awak pada janji saya itu terserah pada awak. Tolong ingatkan saya andai satu hari nanti saya teralpa dengan amanah itu. Saya hanya manusia biasa yang terkadang tahu untuk menyayangi,  tahu untuk membenci dan  arif untuk mendendami.

Entah kenapa awak, hati saya masih meragui hubungan ini walau saya terlalu menyayangi awak. Terkadang minda dan hati saya masih lagi dicemari oleh syak wasangka yang barangkali mungkin menyakiti saya sendiri. Jika awak pernah katakan pada saya bahawa awak yakin dengan kejujuran saya, tapi sesekali tanyalah saya tentang keyakinan saya terhadap kejujuran awak. Awak, jujur saya katakan bahawa saya masih lagi mencari dan menggali keyakinan terhadap kejujuran awak. Bukan saya tidak hargai kejujuran awak, tapi perasaan ini.. perasaan yang entah bila akan menjadi neutral seperti saat saya belum mengenali apa itu cinta? Apa itu putus cinta? Apa itu patah hati? Apa itu sakit bila dikhianati? 

Tapi, percayalah awak, walau apapun dan bagaimanapun awak pada saya, saya tidak akan sesekali mengkhianati rasa kasih dan sayang awak pada saya. Yakinlah walau dalam mana-mana situasi, saya sentiasa menyayangi awak seikhlas hati saya. Saya mohon kepercayaan awak untuk terus bersama saya. Saya tahu kepercayaan dan keyakinan itu kunci kebahagiaan dalam perhubungan dan saya akan terus cuba mencari kunci keyakinan saya terhadap awak. Saya juga merayu pada awak, jangan cemari kepercayaan dan kasih sayang yang saya bina bermula dengan rasa kasih seorang sahabat sehingga terbitnya rasa kasih dan cinta saya pada seorang anak adam iaitu awak!

Terima kasih awak. Terima kasih atas rasa cinta ini. Terima kasih juga kerana menjadi sebahagian dari hidup seorang insan yang hanya terkenal dengan kekurangan ini. Saat saya gembira, saat saya jatuh, saat saya perlukan bahu untuk menyokong tangis esak saya, awak sentiasa menjadi salah seorang dari mereka itu. Moga, hubungan dan rasa cinta kita mendapat keredhaan Ilahi. Jaga diri awak baik-baik. Jaga solat awak, jaga percakapan awak dan jaga batas pergaulan awak dengan bukan muhrim awak ye! Begitu juga saya. Ingat tau, saya terlalu menyayangi awak.♥ Doa saya, semoga Allah telah menitipkan nama kita berdua di Luh Mahfuz sedari azali lagi. Yakinlah, andai itu ketentuanNya. Ingin saya nyatakan pada awak, saat pertama kali saya bertemu dengan awak, itulah sebenar-benarnya rasa cinta yang terbit dari jiwa saya.

Saya nak cakap lagi satu benda, terima kasih ye awak sebab awak tak pernah merajuk dan tak pernah marahkan saya sepanjang kita bersama. Saya yang mengusutkan awak. Terima kasih bebanyak awak. Saya hargai.


semoga kita bisa begini.. indahnya hubungan jika dibawah lindungan Allah s.w.t

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...