Followers

Daisypath Anniversary tickers

Selasa, 31 Ogos 2010

:: mErdEkA kAH kAmU wAHa! mAnUs!A ::


Salam Kemerdekaan. Salam 1 Malaysia Menjana Transformasi. Salam Ramadhan dan Salam Syawal. Walaupun suasana nak sambut merdeka malam tadi lebih kurang ala-ala kadar saje sebab saya masih lagi mempunyai selori assignment sebelum saya pulang beraya di kampung {ayat bajet macam ade tiket :(} Tapi saya tak malu untuk mengaku yang saya terlalu begitu maha gumbira {tengok la ayat org yang giler gembira} untuk sambutan kemerdekaan yang ke-53 tahun kali ini. Mungkin salah satunya sebab ni Bulan Ramadhan kot? Hehehe..

Jujur-sejujur-jujurnya, saya hanya berada di dalam bilik sahaja sepanjang malam tadi selepas tamatnya kelas undang-undang pada pukul 10 malam. Bukannya tade semangat nak sambut tapi saya masih tinggal di kolej & terikat dengan semua peraturan kolej kediaman serta tidak mempunyai kemudahan untuk keluar celebrate {ni.. jawapan untuk orang yang mempersoalkan tentang semangat merdeka aku}

Entri ni tade pape pun sebenarnye cuma ingin melahirkan persoalan yang bersarang di minda saya & kalian-kalian yang bergelar manusia yang sentiasa tahu untuk meraikan dan melaungkan perkataan MERDEKA!! Tetapi, merdeka kah kita semua? Bagi saya, hanya negara & segelintir manusia sahaja yang merdeka. Hanya negara sahaja yang bebas dijajah selama 53 tahun tetapi bukannya insan yang bergelar manusia yang mempunyai hati & perasaan. {bukan semua tetapi hanya segelintir}. Mengapa? Apakah isunya di sini?

Okei, cuba kalian semua selak akhbar setiap hari. Apakah yang terkandung di dalam akhbar berkenaan. Tak lain dan tak bukan 'ISU PEMBUANGAN BAYI & RASUAH'. Ini yang kalian katakan kita merdeka? Tak malukah kalian melaungkan MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA tetapi selepas laungan itu kalian lemah digoda nafsu syahwat? Apakah ini makna MERDEKA bagi kalian? Apakah selepas laungan tersebut kalian merdeka untuk menyerahkan 'HARTA' kalian yang bernilai kepada seorang manusia yang bernama lelaki? Merdekah kalian bilama berjaya menghasilkan benih-benih yang bakal menghasilkan zuriat walaupun kalian tidak diwalikan oleh seorang wali  kalian yang sah?
Mengapa kalian menjadi sebegini hina? Kerana "DEMI NAMA SELURUH CINTA DAN AIR MATA ADALAH PADA ENGKAU YANG BERNAMA... MANUSIA YANG HIDUP BERTUNJANGKAN HAWA NAFSU ATAU BERFIKIRAN BIJAK.. BERTUHANKAN RASA SEHINGGAN MANUSIA LUPA BAHAWA MEREKA PUNYA AKAL DAN IMAN".


Inilah definisi MERDEKA bagi kalian? Inilah bukti cinta kalian selepas laungan MERDEKA? inilah!!!!!!!!!!


Sangat mulia kalian sediakan tempat beradunya. Maka MERDEKALAH kalian!!

Selak lagi muka surat yang seterusnya, berjuta-juta RM disogok oleh manusia kepada manusia untuk kepentingan tertentu. Inikah makna merdeka bagi kalian. Tidak malukah kalian bermegah-megah mengibarkan jalur gemilang padahal kalian mencemarkan kesucian jalur gemilang tersebut? Kalian merdeka dengan konsep 'matlamat menghalalkan cara'. Inilah definisi merdeka bagi kalian yang sebenar. Kalian berjaya menjadi pelakon utama di pentas dunia dengan watak-watak kalian yang menutupi kejahilan kalian yang sebenar.

Jadi, andai kalian mengatakan manusia sudah merdeka.. lakukan penilaian dengan mata pena yang paling halus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...