Followers

Selasa, 31 Ogos 2010

Kenapa Wanita Menangis

Hari ni kita nk bincang sikit tentang air mata wanita. hehe. Seperti apa yang kita tahu, dah menjadi lumrah kepada setiap perempuan tu mempunyai hati yang lembut, mudah tersentuh atau dalam erti kata lain ialah sensitif.. Air mata wanita ni juga adalah senjata untuk melemahkan hati sesiapa yang melihat terutamanya insan yang bernama lelaki.. Jadi persoalannya disini.. Kenapa wanita ni air matanya mudah sangat mengalir? Kenapa? Wanita ni memang di cipta Allah dengan sifat yang lemah lembut dan wanita juga dikurniakan 9 nafsu dan 1 akal berbanding lelaki yang nafsunya 1 tapi akal nya 9 wanita, akalnya yang 1 di kawal oleh 9 nafsunya.begitu juga lelaki, 9 akal tu yang mengawal 1 nafsu tu.

Kadang-kadang ada sesetengah lelaki khususnya akan berasa pelik dan jelik jika wanita tu menangis atas perkara yang remeh. Dari aspek yang semacam ini, lelaki seharusnya memahami wanita ini. Wanita akan menangis jika perkara tu betul-betul menyentuh hatinya. Tambahan pula dia akan lebih mudah menangis jika orang yang dia sayangi tak ambik berat tentang dirinya. Perkara ni nampak kecil je kan? Tapi pada wanita hal ini amat terkesan dalam hati dia.

Ok.. untuk situasi lain, contohnya si isteri mengadu pada suaminya..
"abg, bahu ayg sakit la. Boleh tak abg tolong picit jap".. Lepas tu suami dia cakap.. "ala syg, abg pun letih juga.." Pastu, pasti muncung isteri tu akan keluar sedepa. Pada masa tu dia akan mula mengomel dan turunlah air mata.. Sikit je kan masalahnye? Kalau kes macam ni terjadi macam ne? Suami sure menggelabah kalau tengok isteri nangis.. hehe.

Jadi, memang tak ada cara lain. Kena pujuklah jawabnya. Tapi, nak pujuk pun kena ada cara. Salah pujuk, lagi menjadilah jawabnya.. bak kata Dr. Fadhilah Kamsah, "jika isteri tengah menangis dan seumpama mahu dipujuk, suami kena guna cara yang terbaik. Contohnya peluk isteri tu, kalau rasa tak reti nak peluk, usap lah tangannya sambil senyum ke arahnya. InsyaAllah, lembut hati isteri tu." Jom kita baca kisah ni..

Kisah di bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untuk mengetahui kenapa perempuan mudah menangis? Supaya bagi mereka-mereka yang bergelar lelaki tahu, kenapa wanita terlalu mudah untuk mengalirkan air mata sekiranya berlaku sesuatu dalam perhubungan.

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya:
"Ibu, mengapa ibu menangis? "Ibunya menjawab: "Sebab ibu adalah perempuan, nak."
"Saya tidak mengerti ibu," kata si anak.
Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti"
Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya."Ayah, mengapa ibu menangis? "Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas. "sang ayah menjawab.
"Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."
Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu hari, dia bertanya kepada seorang gurunya,
"Cikgu, mengapa perempuan mudah menangis?"
Gurunya menjawab:
"Saat Allah ciptakan wanita, Allah membuatnya menjadi sangat utama. Allah ciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tidur.
Allah memberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau seringkali pula ia kerap berulangkali menerima cerca dari anaknya itu.
Allah memberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.
Pada wanita, Allah memberikan kesabaran, untuk merawat keluarganya, walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.
Allah memberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang, untuk mencintai semua anaknya, dalam kondisi apapun, dan dalam situasi apapun. Walau tak jarang anak2nya itu melukai perasaannya, melukai hatinya.
Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang terkantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didodoi dengan lembut olehnya.
Allah memberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab, bukankah tulang rusuklah yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak?
Allah memberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan, bahawa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.
Dan akhirnya, Allah memberikan wanita air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita agar dapat digunakan bilapun dia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya air mata ini adalah air mata kehidupan".
Ada sesetengah lelaki ini melebihkan egonya. Kadang2 lelaki sanggup cakap.."you nangis la puas2. tak kuasa i nak layan you lagi".. adakah ini cara terbaik? masa bercinta dulu tak hengat! lautan api sanggup diredahi. sekarang, isteri nangis.. biar gitu je.. kenapa wanita cepat nangis? sebab dia nak perhatian yang lebih terutamanya dari orang yang dia sayang.. tengok pada anak2 kecil.. jika dia menagis, apa yang dia mahukan? belaian kan? jika pada zaman berkasih ,boleh beri layanan yang hebat kenapa ketika di alam rumah tangga layanan tu tak sama? bukankah sepatutnya lepas kahwin tu kemesraan sepatutnya ditahap yang paling maksimum? dapat pahala tu!!!

Ok..kenapa lelaki tak mudah menangis? perasan tak kalau masa kecik2 dulu, bagi orang lelaki kalau la budak laki ni nangis, mesti mak atau ayah, atau cikgu atau sapa2 saja akan cakap.. 'ish..apa ni laki nangis? buat malu je. macam perempuan je. laki kuat tak boleh nangis"... sebabkan statement ni la yang sudah terbekesan dalam minda lelaki. memang pada dasarnya betul.. tapi siapa kata laki ni tak boleh nangis? hebat sangatkah ke "ego" an tu? Rasulullah saw pun menangis jugak tapi tangisan nya bertempat lah.. :-)

Tapi, apa2 pun, janganlah letak tanggapan yang salah pada wanita kerana kemudahan air matanya untuk mengalir. cuba selami hati wanita. wanita ni hanya ingin dimanja dan diberi perhatian terutamanya dari orang yang dia sayang. dalam lirik lagu sumayyah nyanyian Hijjaz pun ada tertulis:
"tangan yang di sangka lembut menghayun buaian mengoncang  dan mencipta sejarah."
dan di sebalik kejayaan lelaki itu, pasti ada seorang wanita dibelakangnya..."

"Kerana wanita ingin dimengerti, lewat tutur lembut dan laku agung. 
"Karena wanita ingin dimengerti, manjakan dia dengan kasih sayang".



credit 2:
jazakallah..
safwan
10 Ramadhan 1431

(copyright 2010)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...