Followers

Daisypath Anniversary tickers

Jumaat, 27 Ogos 2010

:: AndA! LeLAk! tAHu ::

Andainya lelaki tahu,
Dalam hati seorang hawa,
Ada naluri untuk disayangi,
Ada rasa untuk diberi PERHATIAN,
Ada rasa untuk didengari keluh kesahnya,
Ada waktu-waktu untuk DITEMANI kesedihannya.

Andai lelaki tahu,
Rajuk si hawa ingin minta dipujuk,
Marah seorang hawa perlu didekati,
Sedih seorang hawa harus didengari,
Gembira seorang hawa ingin dikongsi.

Andainya lelaki tahu,
Disebalik seribu satu rasa itu,
Ada sekeping hati nan LEMBUT,
Bukan untuk DIMANJAI,
Bukan jua untuk ditatang bak minyak yang penuh,
Hanya perlu sedikit PERHATIAN,
Agar rasa kasih itu terasa WUJUD,
Walau di saat JAUH.

Kerna andai lelaki itu tahu,
Hati ini akan sentiasa bertanya pada diri seorang hawa,
Wujudkah cinta itu di hati LELAKI?
Bila di saat jauh tanpa perkhabaran.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...