Followers

Daisypath Anniversary tickers

Sabtu, 30 Januari 2010

:: wArkAH UntUk HAWA ::

Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah untuk kedua ibu bapamu,
Andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,
Andai engkau sudah menjadi ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau jodohmu,
Ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik,
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim,
kerna khuatir dari mata jatuh ke hati,
Maka lahirlah senyuman dan tercetusnya salam sekaligus disusuli dengan sebuah pertemuan,
Bimbang lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,
Lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman lelaki,
Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.

Hawa,
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya,
Kerna dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya,
Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerna dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita,
Yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu,
Andai ditakdirkan tiada cinta Adam untukmu,
Cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu,
Biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu,
Cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa...
Cintailah Allah di kala susah dan senang,
Kerna kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga mencintai Allah,
Cintailah kedua ibu bapamu kerna kau akan memperolehi keredhaan Allah,
Cintailah keluargamu kerna kau tak akan jumpa cinta yang paling bahagia selain daripada cinta keluarga.

Janganlah sesekali tangan yang menggoncang dunia juga menggoncang iman lelaki

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...