Followers

Daisypath Anniversary tickers

Sabtu, 16 April 2011

Pesan Mak Ayah Yang Aku Ingkar

Duduk saja-saja teringat dekat mak ayah di kampung. 

Sudah makankah mereka?
Cukupkah tidur mereka semalam?
Persoalan ini seringkali bersarang di dalam minda tatkala aku hampir terbuai di alam fana dunia. Sebelum terbuai dengan hayunan yang makin jauh, selalu juga aku merenung persoalan itu. Sedih memang sedih tapi sekejapsekejap. Memang tak patot! Tapi, aku manusia yang penuh dengan rasa..
Lalai
Leka
Terbuai!


Bila dikenang, terkenang dan mengenangkan, banyak pesan ayah ibu yang aku ingkar. Tambah-tambah semenjak dua tiga menjak nak abes study kat Universiti Pencarian Suami Isteri ni la kan, rasanya terlalu banyak sangat pesan ayah ibu yang aku ingkar! (sila jawab di akhirat!)
Aku dah buat check list antara pesan ayah ibu yang aku ingkar (kira list paling DERHAKA):
1) Bercinta:

~ Sebut pasal bercinta, ayah aku berusaha dengan sekeras mungkin untuk buat aku tak bercinta. Tapi, aku cabar ayah aku sampai 3 kali aku bercinta, tapi 2 kali patah (kali ketiga, ehem2 terus bertahan). Ayah pernah pesan, jangan bercinta nanti menonggeng. Betol pesan ayah, sungguh aku menonggeng bila putus cinta! Time tue macam aku nak suruh ayah ketuk kepala kuat2 sambil tampar muka aku kuat2 sebab buloQ sangat nak bercinta. Tapi, kalau xbercinta nanti aku jadi anak dara tua la! xmau la camni!


2) Belajar elok-elok:

~ Nie lagi 1 hal. Derhaka aku ni. Dari sekolah aku memang student yang low kelas gitu! Sumpah, cakap betol aku tak pandai. Pandai lagi adek-beradek aku yang lain. Sampai la aku masuk unibersiti aku antara pelajar yang cokia aka cukup2 makan. Motif jadi macam ni sebab aku tak ikut pesan mak ngan ayah belajar elok-elok. Setakat 3 tahun pengajian di universiti ni, aku memang tak pernah bawak balik tunjuk sedepuk pointer 3.8 ke atas kat mak ayah aku. Memang paling cokia la result2 sebelum ni yang aku tunjuk kat mak ngan ayah aku. Malu~


3) Baca al-Quran:

~ Nie lagi 1 aku nak jawab kat akhirat nanti. Kadang-kadang aku lupa dan MALAS nak baca al-Quran lepas abis solat! Kadang-kadang sehari aku xalunkan walau sebaris ayat suci pun. Alamak, baru terasa berdosa. Setiap kali balik cuti, mak akan pesan jangan lupa baca al-Quran. Sampai tok guru mengaji kesayangan pun pesan kat aku jangan tinggalkan al-Quran walau sehari. Walau sesibuk mana sekalipun pastikan baca walau sebaris ayat al-Qura sehari. Itu sahaja senjata yang boleh menajamkan akal. Ingat lagi, tok guru aku pesan time jumpa aku kat tepi jalan. Hah! sayang sungguh dia kat aku tapi seperti yang aku cakap aku kan 

PELUPA!


4) Jaga diri elok-elok.

~ Aku rasa aku tak jaga diri elok-elok sepanjang aku kat UPSI. Dalam erti kata lain budi bahasa, kelakuan aku berterabur kot! Memang tak terkawal bila jauh dari orang tua. Ikut suka nak berkawan. Tapi, sampai sekarang aku masih ada kawan-kawan yang sentiasa membimbingku di sini. Kalau jaga diri yang mak dan ayah aku maksudkan tue ialah tatasusila ke, budi bicara ke memang aku tak ikut pesan dorang sebab aku bukan seorang perempuan yang bersopan santun tapi seorang perempuan yang rawksss..


Maaplah! mak ayah! Dah terlanggar pantang larang sekaligus mendapat title derhaka. Takpe nanti mintak maaf lagi sekali. Mak ayah terus doakan kejayaan kite kat cni. Nanti, kite bawak balik pointer 3.8 tau sem ni. (suka tipu mak ayah lagi)




Jumaat, 15 April 2011

Nasihat Untuk Para Suami


 Pertama-tamanya kalau rasa LUCAH jangan bace.
.
.
.
.
.


KALAU xlucah sila teruskan ~


1. Sebelum tidur, peluk dan cium isteri. Tidak semestinya cium di mulut tetapi di dahi, di pipi atau mana² bahagian yang biasa dicium.



2. Kemudian, lafazkan ucapan I love you. Kalau nak cakap “Abang cintakan Ayang” pun boleh tapi, dah jadi budaya kita agaknya nak sebut I love you lebih mudah.



3. Renung wajahnya. Berikan renungan seolah itu kali terkhir untuk anda melihatnya. Kemudian belailah rambutnya.



4. Cuba nyanyikan lagu paling romantis untuk dia. Kalau rasa suara tak sedap, boleh dengarkan lagu yang sebegitu sambil katakan lagu itu anda tujukan khas untuknya.



5. Jika masih ada masa, ulang cerita tentang zaman sebelum berkahwin atau zaman bulan madu. Jangan cerita semua. Satu hari ungkit satu cerita. Tapi yang seronok sajalah. Jangan ungkit masa bergaduh pula.



6. Ajak dia berbicara tentang anak dan keluarga. Ceritakan apa yang dia dah lakukan untuk anda dan anda amat berterima kasih dengan perbuatannya.



7. Kalau mampu, ceritalah tentang isteri² Rasulullah saw dan bagaimana mereka menghadapi cabaran.



8. Tidurlah dalam keadan berpelukan. Biarlah dia berbantalkan lengan,dada atau bahu anda. Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh diperbuat. Tidak semestinya berakhir dengan hubungan intim.



Insya-Allah, bila isteri kita tahu yang kita betul² sayangkan dia, layanannya juga akan menjadi lebih baik. Bila layanannya baik, kita nak pasang lain pun jadi ragu² sebab bimbang yang baru kita dapat tak sehebat isteri kita sekarang.


p/s: kalau lagu ni punya cita lah! kompem lepas konvo aku kawen nie! 


sumber:

Rabu, 13 April 2011

Megat Rayyan Zhafran b. Megat Zulkarnain: Permata Yang Tiada Nilai Taranya

Alhamdulillah, hampir 9 bulan aku tertunggu-tunggu melihat 'beliau', akhirnya aku mampu untuk melihatnya walau hanya di alam maya. Hatiku puas setelah hampir 9 bulan ku tunggu kehadirannya. Dengan kuasa Tuhan, akhirnya kami dipertemukan.

Cetttt! Macam nak jumpe boyfie je ayat kat atas! Jangan salah anggap ye, c Rayyan yang saya maksudkan ialah anak sedara pertama yang telah melihat secara kelip-kelip dunia nie pagi semalam. Rayyan si baby yang songsang sebab dia buas kot dalam perut mama die! Jadi, mama Rayyan saket siket la sbb kene operate time lahirkan Rayyan semalam.

Sampai sekarang, Rayyan tak boleh rasa susu mama dia lagi sbb mama dia xmampu utk bangun! Bisa-bisa pisau masih terasa bak cakap mamanye la kan? Jadi, skrg Rayyan hnya minum susu Anmum saja. Kesian Rayyan, lagi kesian kat mama Rayyan tau!

Besar nanti jadi anak yang soleh ye Rayyan. Tengok mama Rayyan tue saket tp still tersenyum sbb tengok Rayyan senyum sambil tido! Nanti, auntie balek cium Rayyan tau..




Profile Rayyan:

~ Megat Rayyan Zhafran b. Megat Zulkarnain

~ 3.7 sumting kg berat si Rayyan

~ Hospital Tuanku Fauziah tempat Rayyan Lahir kan....

~ Rayyan si baby hensem!

~ Rayyan bakal jd mangsa cium auntie2 nya!


Comel x si Rayyan tembam ni


 Mata Rayyan sepet macam mamanya



Rayyan si baby hensem



Rayyan suda pandai senyum2



Lepas minum susu, Rayyan tido tepi mama la ok!


Jumaat, 8 April 2011

Lagi Hal Yang Membabitkan Sekolah di Perlis

Baru 3 atau 4 hari yang lepas, institusi sekolah dikejutkan dengan berita kematian pelajar darjah 1 yang meninggal akibat daripada kegilaan guru sekolah terbabit. Semalam, masih lagi membabitkan Negeri Perlis, seorang guru yang berusia 37 tahun telah retak tulang hidung ditumbuk oleh pelajar.
 
Melihat kepada pernyataan guru terbabit bahawa beliau ingin meleraikan pergaduhan sekumpulan pelajar yang bergaduh di hadapan kelas, akhirnya
.
.
.
.
.

dush.. dush.. dush!

DITUMBUK!


Kalau dahulu, sekolah merupakan sebuah institusi yang paling selamat untuk didiami oleh guru dan pelajar. Namun, istilah sebegini tak boleh digunapakai lagi pada alaf ini, apabila institusi sekolah ini sendiri menyaksikan pelbagai kejadian yang sadis-madis seperti pembunuhan, perkosaan dan yang paling popular pergaduhan. Lebih menggusarkan lagi hati seorang guru apabila nyawa guru juga turut menjadi taruhan di sekolah.
 
 
Rasanya, sudah sampai seru dan ketikanya, Kementerian Pelajaran Malaysia perlu mengambil langkah pencegahan untuk merawat kembali 'penyakit-penyakit kronik segelintir pelajar dan guru' seperti-seperti ini.




Selasa, 5 April 2011

Tanda 100 Hari Sebelum Mati

TANDA PERTAMA

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar . Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.



TANDA 40 HARI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.



TANDA 7 HARI


Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.



TANDA 3 HARI 


Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.



TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.



TANDA AKHIR

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.


Sumber: Perkongsian Ilmu Menuju Ke Alam Akhirat



Dipetik:


P/s:
Apa yang saya tahu, saya cuma kongsikan. SesungguhNya hidup ini tiada yang indah kecuali mati dalam Iman dan Takwa. Semoga beroleh manfaat (^_^)V
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...