Followers

Daisypath Anniversary tickers

Sabtu, 16 April 2011

Pesan Mak Ayah Yang Aku Ingkar

Duduk saja-saja teringat dekat mak ayah di kampung. 

Sudah makankah mereka?
Cukupkah tidur mereka semalam?
Persoalan ini seringkali bersarang di dalam minda tatkala aku hampir terbuai di alam fana dunia. Sebelum terbuai dengan hayunan yang makin jauh, selalu juga aku merenung persoalan itu. Sedih memang sedih tapi sekejapsekejap. Memang tak patot! Tapi, aku manusia yang penuh dengan rasa..
Lalai
Leka
Terbuai!


Bila dikenang, terkenang dan mengenangkan, banyak pesan ayah ibu yang aku ingkar. Tambah-tambah semenjak dua tiga menjak nak abes study kat Universiti Pencarian Suami Isteri ni la kan, rasanya terlalu banyak sangat pesan ayah ibu yang aku ingkar! (sila jawab di akhirat!)
Aku dah buat check list antara pesan ayah ibu yang aku ingkar (kira list paling DERHAKA):
1) Bercinta:

~ Sebut pasal bercinta, ayah aku berusaha dengan sekeras mungkin untuk buat aku tak bercinta. Tapi, aku cabar ayah aku sampai 3 kali aku bercinta, tapi 2 kali patah (kali ketiga, ehem2 terus bertahan). Ayah pernah pesan, jangan bercinta nanti menonggeng. Betol pesan ayah, sungguh aku menonggeng bila putus cinta! Time tue macam aku nak suruh ayah ketuk kepala kuat2 sambil tampar muka aku kuat2 sebab buloQ sangat nak bercinta. Tapi, kalau xbercinta nanti aku jadi anak dara tua la! xmau la camni!


2) Belajar elok-elok:

~ Nie lagi 1 hal. Derhaka aku ni. Dari sekolah aku memang student yang low kelas gitu! Sumpah, cakap betol aku tak pandai. Pandai lagi adek-beradek aku yang lain. Sampai la aku masuk unibersiti aku antara pelajar yang cokia aka cukup2 makan. Motif jadi macam ni sebab aku tak ikut pesan mak ngan ayah belajar elok-elok. Setakat 3 tahun pengajian di universiti ni, aku memang tak pernah bawak balik tunjuk sedepuk pointer 3.8 ke atas kat mak ayah aku. Memang paling cokia la result2 sebelum ni yang aku tunjuk kat mak ngan ayah aku. Malu~


3) Baca al-Quran:

~ Nie lagi 1 aku nak jawab kat akhirat nanti. Kadang-kadang aku lupa dan MALAS nak baca al-Quran lepas abis solat! Kadang-kadang sehari aku xalunkan walau sebaris ayat suci pun. Alamak, baru terasa berdosa. Setiap kali balik cuti, mak akan pesan jangan lupa baca al-Quran. Sampai tok guru mengaji kesayangan pun pesan kat aku jangan tinggalkan al-Quran walau sehari. Walau sesibuk mana sekalipun pastikan baca walau sebaris ayat al-Qura sehari. Itu sahaja senjata yang boleh menajamkan akal. Ingat lagi, tok guru aku pesan time jumpa aku kat tepi jalan. Hah! sayang sungguh dia kat aku tapi seperti yang aku cakap aku kan 

PELUPA!


4) Jaga diri elok-elok.

~ Aku rasa aku tak jaga diri elok-elok sepanjang aku kat UPSI. Dalam erti kata lain budi bahasa, kelakuan aku berterabur kot! Memang tak terkawal bila jauh dari orang tua. Ikut suka nak berkawan. Tapi, sampai sekarang aku masih ada kawan-kawan yang sentiasa membimbingku di sini. Kalau jaga diri yang mak dan ayah aku maksudkan tue ialah tatasusila ke, budi bicara ke memang aku tak ikut pesan dorang sebab aku bukan seorang perempuan yang bersopan santun tapi seorang perempuan yang rawksss..


Maaplah! mak ayah! Dah terlanggar pantang larang sekaligus mendapat title derhaka. Takpe nanti mintak maaf lagi sekali. Mak ayah terus doakan kejayaan kite kat cni. Nanti, kite bawak balik pointer 3.8 tau sem ni. (suka tipu mak ayah lagi)




1 ulasan:

  1. pesan mak ayah jangan dilupa.. kalau cikgu x bercinta skg pun, mesti cikgu x kan jadi andartu punya... byk datok2 yg telah kekosogn.. heheheeh

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...