Followers

Daisypath Anniversary tickers

Selasa, 7 Jun 2011

Pengutuk Si Anon Itu Jahat

SALAM..


Lama tidak menaekkan sebarang entry. Traffik pun tahap orang tua tunggu depan kubur. Oh! xpe 2 xpenting sebab aku bukan seorang yang gila untuk up kan traffik dengan cite-cite panas yang menghangitkan. Lebih baek fokus pada traffik akhirat yok. TAPI, walaupun tidak menaekkan sebarang entry, aku masih ligat berblogwalking kat sini untuk menguruskan badan ye!


Antara salah satu entry yang aku paling minat untuk baca ialah entry yang mencanang si Anon-anon yang mengutuk secara tidak langsung di belog2 yang terkena malapetaka tersebut. Pelbagai bahasa yang melambangkan kecetekan akal dihamburkan untuk si anon-anon ini.


Sekali anon 2 jahat 1000 kali aku katakan penaek entry tentang anon tersebut jahat. Sebab ape?

1) Penaek entry 2 saje untuk up kan traffic secara kotor dengan menaekkan entry berkenaan anon tersebut. Taktik tersebut dilihat agak murahan dan menyerlahkan lagi KEBODOHAN sang penaek entry tersebut!

2) Sudahlah anon tersebut berdosa, si penaek entry tersebut lagi saja2 kreditkan dosa ke dalam akaun sendiri. Kalau anon 2 makan tahik, si penaek entry pun nak sumbat tahik makan jugak ek?

3) Si penaek entry kompem ek si anon 2 kutuk dia? Kalau x kompem xpayah la saje-saje up kan entry berkaitan dengan beliau. Sape makan telur sendiri kentut busuk kan?

4) Anon 2 tahu si penaek entry salah sebab 2 die attack. Tapi, si penaek entry kadang-kadang terlupa diri memang takkan mengaku 2 salah sendiri.

5) Anon 2 sudahlah senteng akal! Si penaek entry lagi mempunyai masalah sindrome akal yang kronik sebab naekkan entry yang agak hangit untuk tarik followers komen then maki-maki lagi si anon tersebut. Maybe dengan cara ni si penaek entry rasa puas kan? (Entah si anon 2 xtahu pun dia kena maki).

6) Si penaek entry rasa panas sebab anon berjaya hangitkan dia then cara untuk lepaskan kemarahan adalah menaekka entry dengan kata-kata yang agak kesat kepada si anon tersebut.


Kesimpulannya


Kalau kita sudah diaibkan dengan si anon tersebut, cubalah naekkan entry 'TEGURAN' yang betol. Tidak perlu menggunakan cacian yang menghentam lapan belas kali ganda kuasa dua kepada anon tersebut. Ini membuktikan bahawa si pengutuk sang anon ternyata lebih JAHAT berbanding dengan anon tersebut.



BAHASA JIWA BANGSA


:)





Jumaat, 20 Mei 2011

2 Minggu Bergelar Guru Praktikum

Benar cakap orang guru itu lilin. Panas, membahang tetap teguh di pondok usang yang dahagakan ilmu itu. Tiada istilah jemu dan jelak ketika melangkah ke kelas!

Bermula minggu kedua, cabaran kini sudah tergalas berat di bahu kiri dan kanan. Pergi sekolah tatap buku, balik sekolah tatap buku. Rutin harian yang bakal digalas. Bekerja dengan manusia memerlukan ketabahan untuk tidak jatuh tersungkur ke lantai.Sesungguh dan sebenarnya aku masih teraba-raba mencari dan menyedut momentum 'keguruan'. Walau hanya bergelar sebagai seorang guru praktikum tetapi tanggungjawabku kini sudah terasa berat. Terkadang ingin sahaja aku menangis dan angkat kaki balik ke rumah.


Aku kini menggalas tanggungjawab yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana guru praktikum UPSI sebelum ini. Aku merupakan keluaran pertama UPSI yang perlu mengajar subjek Pengajian Am. Ini berikutan dengan  major aku iaitu Pengajian Am dan istimewanya aku tidak mempunyai minor kerana major aku sudah meliputi subjek BM, Geo, Sej, Politik dan sebagainya. Mahu atau tidak aku perlu memikul tanggungjawab ini. Malah, aku turut dibekalkan dengan subjek Bahasa Melayu tingkatan 4 bagi memenuhi kredit mengajar 10-12 waktu smggu. Walaupun aku gusar tetapi aku sudah bertekad bahawa aku tidak akan sesekali membenarkan diri untuk berkata terpaksa. Jalan ini sudah menjadi pilihan hati jadi aku mahukan keikhlasan dalam meneruskan perjuangan ini.


Dua minggu sudah di sekolah, perjuangan dan kesabaranku sebagai seorang guru praktikum benar-benar teruji. Aku diuji oleh kerenah guru-guru tetapi aku tidak mahu mempersoalkan mereka kerana mereka ialah seorang guru yang benar-benar mampu manakala aku pula hanya insan yang baru memulakan langkah untuk menjadi seperti mereka. Aku turut diuji oleh pelajar. Aku hampir menangis namun aku katakan pada hati aku tidak akan sesekali membenarkan air mata ini jatuh dek kerenah pelajar yang tidak tahu menghormati aku sebagai guru mereka. Gagal atau sebaliknya aku hanya mampu berserah!


Kini, berbekalkan 12 minggu lagi di SMK Munshi Abdullah, aku hanya mampu berserah dan menguatkan lagi semangatku. Aku di sini dengan harapan ibu dan ayah. Andai tiada mereka, 2 minggu ini sudah cukup membuatkan aku rebah di bumi. Hanya pada Allah aku sujud supaya aku diberikan kekuatan dan keikhlasan hati dalam mendidik anak bangsa ini. Menjadi seorang guru itu tidak mudah jika tiada keikhlasan dalam bicara dan perlakuan. InsyaAllah, semoga aku jua bisa menjadi warga pendidik seperti 'mereka'.



Rabu, 27 April 2011

Mei: Penukaran Semua Propict Laman Sesawang Secara Super Skema

Memandangkan exam sudah abes dan pendiskusan (jahanam bahasa bongok!) telah dilakukan bersama penyelia latihan mengajar, maka akan bermulalah bibit-bibit percintaan di alam sekolah. Disebabkan hal ini, aku akan melakukan penukaran secara besar-besaran terhadap semua profile picture laman sesawangku agar menjadi super skema. Aku akan meremove semua aksi-aksi menggedik di dalam FB khususnya. Opsss. dalam FB aku dah lama kot tade album gambar aku!
Gambar yang akan mendatangkan spekulasi negatif adalah seperti ini









 
Gambar2 begini tidak melambangkan aku seorang bakal guru yg berpraktikum


jadi


Tiada penggunaan gambar begini di mana-mana laman sesawangku selepas 9 Mei 2011.



tapi




gambar begini tape.. dibenarkan. membaca amalan yg mulia :P







Tujuan ini dilakukan kerana aku tahu berdasarkan kepada akak.akak dan abang.abang senior yang keluar berpraktikum, FB mereka bakal diserang oleh segerombolan pelajar di dalam sekolah berkenaan. Ini sekaligus mendedahkan sebahagian hidup aku sebagai seorang bakal guru kepada bakal pelajar aku nanti. Jadi, sebagai seorang bakal guru hasil didikan UPSI, aku takkan sesekali menunjukkan contoh.contoh untuk pelajar aku turut menggedik sekaligus tidak akan menghormati aku sebagai guru mereka nanti.
Sebagai seorang bakal guru yang akan keluar berpraktikum kurang dari 2 minggu lagi tindakan drastik perlu diambil oleh aku. Antara tindakan tersebut.

.
.
.
.
.
Kuasai content! Lagi bersyukur kalau pengetua suruh mengajar Peng.Am (masak aku)
.
.
Berlagak skema (macam bagus)
.
.
Berlagak garang (aku garang kot)
.
.
Berlagak pandai (cekgu tak boleh cakap 'XTAU')
.
.
Berlagak bawa rotan (berani ke nak hentak rotan atas meja?)
.
.
.
.
.
Semuanya perlu BERLAGAK!


Berlagak bukan dalam erti kata bodoh sombong tapi berlagak secara positif. Di situ, keyakinan diri bakal terbina. InsyaAllah. Perjalanan menuju JIHAD Allah itu tidak sukar tetapi perlukan ketabahan.


Selasa, 26 April 2011

Alhamdulillah Lulus Test JPJ

Hoyye.. hoyye sudah lulus JPJ. Hanya mengambil masa selama sebulan dan beberapa hari sahaja untuk menamatkan dan membuang lesen L. Alhamdulillah, tadi sudah boleh berlagak dengan lesen P. Hello, orang dah pakai kompeten dah kot? Heran ke aku kalau orang pakai kompeten aku baru pakai P. Tak heran pun kot? ahaks..

Taknak cite pun sal lesen P ni sebenarnya tapi nak cite sal abang-abang JPJ yang sangat baek hati. Sumpah, aku rase incik-incik JPJ Tapah, Perak ni merupakan JPJ yang paling baek. Terhutang budi aku dibuatnya. Lagi sakan, kawan aku sampai angau dengan incik jpj yang bawa dia ke jalan raya. Memang rezeki kawan aku jugak walaupun enjin mati di tiga penjuru tapi still xkene turun kete. Adeshhh! sangat baek kot. Motip dorang baek sebab kitorang maybe budak UPSI yang perlu menduduki final di sebelah petangnya dan kami merupakan special pesaket dan perempuan.perempuan cantek gitu.


CANTEK? (perasan banyak)


Ofkoz la.. hahahha. Kalau xcantek, comel dan perasan tak dapat kot test kat bukit 3 kali kot. Hah? Sape mau bagi kalau kete meluncur ke belakang boleh repeat bukit 3 kali? Sape mau bagi kalau terlanggar lampu isyarat tapi tak dijatuhkan kesalahan mandatori? Hehehe.. hanya incik-incik JPJ Tapah yang berbudi bahasa tue saje yang bagi. Kondisi ujian di bukit membuatkan aku teringat dan terhutang budi pada En. Mohd Junazly B. Sariffuddin salah seorang Pengurus Pengangkutan Jalan JPJ, Tapah yang menanti aku di bukit sebanyak 3 kali tadi. Aku hanya mampu melihat incik tue menepuk-nepuk dahi beliau melihat gelagat aku. Selagi boleh merayu.. rayulah! apa mau malu?? hahaha.. ceh! Patot lulus.



Situasi di mana aku amat terhutang dengan pegawai yang tunggu di bukit tadi..



Sebelum ni kalau latihan, kereta aku hanya meluncur ke belakang time mula bodoh-bodoh kenal kete dan pegang stereng je! Lepas tue dah tak berundur ke belakang lagi. Tp tadi terberundur sebanyak 3 kali bila kaki xdapat tekan clucth sebab terketar-ketar. Nie maybe rejeki aku kot xnak kasi repeat lagi.


Tue baru kesah tentang bukit. Kesah tentang parking xde ok! Ok kot parking 2. Hanya mengambil masa dalam 2 minit lebih untuk selesaikan parking. Bukan aku cakap, tapi JPJ 2 yang take time. Hehehe.. Then kesah jalan raya bermula. Pegawai yang lead aku tadi En. Azmizi. Sepanjang jalan kenangan incik nie cakap, next week boleh datang buat sekali lagi sebab tadi langgar lampu isyarat. Bercelaru kot incik ni ugut-ugut aku sepanjang jalan tadi. Memang aku tak fokus langsung sampai tak tentu arah.


Lastly, sampai je dalam IMK incik 2 pun tersenyom suruh sign! Alhamdulillah, LULUS. Driving macam sewel pun incik tu kasik lulus. Maybe incik tu kesian kat aku kot? Kan muka aku muka kesian. Aku hanya mampu cakap terima kaseh incik~ Tu je la.. lebih-lebih aku xtau..

.
.
.
.
AKHIRNYA
.
.
.
.
.


jeng3.


TADAAAAAA~





dan BERSEDIA untuk..


 :P


p/s: terima kaseh incik-incik JPJ yang baek hati ^^



Sabtu, 16 April 2011

Sindrome-Sindrome Final Exam

1. Membaca tanpa menghiraukan sekeliling. Yang kepoh jadi pendiam. (Orang masuk keluar bilik pun tak perasan, kalau orang tanya pun muka pandang nota je, jawab pon nak tak nak. Kalau jalan-jalan tersepak batu tu, reaksi dia lambat sikit. Sebab otak full load)


2. Membaca dengan kadar yang cepat. (Entah paham ke tak belakang kira, sebab nak jawab subjektif, hentam pon boleh, yang penting ada point nak goreng). Tapi, leceh kadang2 aku tergoreng sampai hangit sebab tue pointer aku tak jejak 3.80. Hampeh!


3. Nak turun cafe tu fikir 2,3 kali. Tak pun sekali sehari je. Tu pun bungkus. Cepat. Jimat masa makan kat bilik. Sambil makan boleh membaca apa yg patut.


4. Time nak exam baru laaa nak full semayang. Solat sunat sampai nak batal air sembahyang. Doa macam-macam. (dan.dan. tapi alhamdulillah)


5. Agak yang nak mereng tu start la nak bukak mp3 volume paling sakit telinga. Tapi time ni memang tak sakit telinga. Sebab sakit otak lebih dari sakit telinga.


6. Masa tidur pon boleh terbayang-bayang yang baca tadi (Ada tu siap ambik handout letak tepi bantal. Moga-moga dapat buat daya serapan terus lagi bagus.


7. Masa borak dengan kawan pun cakap pasal pelajaran je. (Ni part tak leh blah la. Time mandi pun ada yang tanya-tanya. Dahsyat. Kalau aku terlalu overload aku akan terhafal sume2 2 kat dalam toilet. Ada aku kesah?)


8. Kalau main message tu balas sikit-sikit je. Pendek-pendek. Tak de mase nak fikir taip panjang-panjang.


9. Sebab nak exam duduk dalam bilik je. Mengadap handout, buku, nota.nota. (Jadi beruang kutub, sampai rambut serabai pon tak perasan) selalunye merayau g bilik orang. Tak pun kluar. Pegi main bowling lah. Tgk wayang lah. Pantang ade mase terluang.


10. Nak buang sampah pun terbawak pen. (Ni kes cuak sangat ni. Macam jebon punyer perangai time aku nak exam).


11. Agak2 stok meggi tu habis kot untuk orang yang gila study. Jimat masa nak turun cafe masak air je pastu letak meggi. Nak budak pandai sikit tak makan meggi. Minum milo. Makan biskut hup seng ke, nestum ke. Roti memang dah prepare dah. Suruh member beli. (Tapi, milo aku dah berbulan-bulan haram tak minum. Sekarang tengah giler Omega kot).


12. Nak bukak facebook rasa tak senang gila. Perghh.
Membazir masa. (Time ni memang tertekan gila. Kena berperang dengan diri sendiri nak bukak facebook, formspring, blog sebab laptop depan mata. Kabel/wifi kat sebelah je. Exam minggu depan. Nanti duduk depan facebook memang buku OFF9 terus.)


13. Time ni ah baru bukak buku tebal. Bukak kamus tu yang tak tahan tu. Masa lecture dulu tak faham tak de hati pulak nak bukak kamus kan. ;P


14. Asyik-asyik tengok jam je. Sampai tak cukup jam handphone, jam tangan. Tanya lagi member sebelah. Haihhh. Keliru sangat budak nih.


15. Stok Nescafe, kopi tongkat ali, kopi mak dara, cucu dara semua memang ade lah. Nak stay up. (Sori, aku memang xlayan kaffein. Kang aku mabuk kepayang lagi giler xstudy).


16. Hah. Ni memang sure. Meja studi bersepah gila. Mana dengan highlighternya. Pen biru, hitam , merah. Kertas-kertas memang confirm bersepah punya. Agak2 ade nota yang hilang tu mula nak naik angin. Buku semua terbukak. Kalau ada buku tambahan dari library tu semua nak dibukaknya serentak. Ada tu 4,5 buku serentak bukak. (Meja aku xubah macam perempuan gila talak mengamuk!)


17. Masa ni lah status facebook, blog “mintak maaf. Doakan exam nanti”. (Haha, pemes kot ayat empati simpati cenggini).


18. Muka blurr je. Sebab otak dah full tank. Makan sorang-sorang pon dah tak heran. Sebab tak nak membazir mase lepak ramai-ramai. Nanti ade je bende nak borak.


19. Kalau nak cakap pon tersasul-sasul. Salah cakap. Pastu cakap benda merepek je. Muka dah la cam zombie. Cakap merepek-repek sebab otak fikit handout, nota tak baca lagi vs nak jalan-jalan. Nak borak-borak. Sampai satu tahap rasa nak rebus buku dengan handout semua. Lagi merepek die cakap sebenarnye, lagi banyak topic die tak cover tu.


20. Time ni jugak lah baru terfikir kenapa lah aku tak study awal2. Kan senang. Haihh. Pastu ada pulak yang buat azam untuk semester depan. Tak nak buat dah macam sem sekarang. *padahal tiap2 sem azam sama. Tak berubah gak. Tak pun menjadi semangat dia masa awal sem je. Sampai minggu ketiga dah hancusss. (Aku minggu ke-14 pun haram xinsaf. Still update belog. Bengong seh!)


21. Memang gaban kalau ikut pesyen aku. Time exam kadang-kadang aku tido berselimutkan nota. Naseb je tak tumpah ayaq liuq basi kat kertas tue. Kadang-kadang time tengah hafal aku tertido. Then bila ada membe masuk bilik secara automatik aku akan continue study. Bila dia keluar secara automatiknya juga aku tertido. (Serabai macam orang gila. Mak aku gamak kalau tengok pun xkenai).


Wallahu'alam......................






Pesan Mak Ayah Yang Aku Ingkar

Duduk saja-saja teringat dekat mak ayah di kampung. 

Sudah makankah mereka?
Cukupkah tidur mereka semalam?
Persoalan ini seringkali bersarang di dalam minda tatkala aku hampir terbuai di alam fana dunia. Sebelum terbuai dengan hayunan yang makin jauh, selalu juga aku merenung persoalan itu. Sedih memang sedih tapi sekejapsekejap. Memang tak patot! Tapi, aku manusia yang penuh dengan rasa..
Lalai
Leka
Terbuai!


Bila dikenang, terkenang dan mengenangkan, banyak pesan ayah ibu yang aku ingkar. Tambah-tambah semenjak dua tiga menjak nak abes study kat Universiti Pencarian Suami Isteri ni la kan, rasanya terlalu banyak sangat pesan ayah ibu yang aku ingkar! (sila jawab di akhirat!)
Aku dah buat check list antara pesan ayah ibu yang aku ingkar (kira list paling DERHAKA):
1) Bercinta:

~ Sebut pasal bercinta, ayah aku berusaha dengan sekeras mungkin untuk buat aku tak bercinta. Tapi, aku cabar ayah aku sampai 3 kali aku bercinta, tapi 2 kali patah (kali ketiga, ehem2 terus bertahan). Ayah pernah pesan, jangan bercinta nanti menonggeng. Betol pesan ayah, sungguh aku menonggeng bila putus cinta! Time tue macam aku nak suruh ayah ketuk kepala kuat2 sambil tampar muka aku kuat2 sebab buloQ sangat nak bercinta. Tapi, kalau xbercinta nanti aku jadi anak dara tua la! xmau la camni!


2) Belajar elok-elok:

~ Nie lagi 1 hal. Derhaka aku ni. Dari sekolah aku memang student yang low kelas gitu! Sumpah, cakap betol aku tak pandai. Pandai lagi adek-beradek aku yang lain. Sampai la aku masuk unibersiti aku antara pelajar yang cokia aka cukup2 makan. Motif jadi macam ni sebab aku tak ikut pesan mak ngan ayah belajar elok-elok. Setakat 3 tahun pengajian di universiti ni, aku memang tak pernah bawak balik tunjuk sedepuk pointer 3.8 ke atas kat mak ayah aku. Memang paling cokia la result2 sebelum ni yang aku tunjuk kat mak ngan ayah aku. Malu~


3) Baca al-Quran:

~ Nie lagi 1 aku nak jawab kat akhirat nanti. Kadang-kadang aku lupa dan MALAS nak baca al-Quran lepas abis solat! Kadang-kadang sehari aku xalunkan walau sebaris ayat suci pun. Alamak, baru terasa berdosa. Setiap kali balik cuti, mak akan pesan jangan lupa baca al-Quran. Sampai tok guru mengaji kesayangan pun pesan kat aku jangan tinggalkan al-Quran walau sehari. Walau sesibuk mana sekalipun pastikan baca walau sebaris ayat al-Qura sehari. Itu sahaja senjata yang boleh menajamkan akal. Ingat lagi, tok guru aku pesan time jumpa aku kat tepi jalan. Hah! sayang sungguh dia kat aku tapi seperti yang aku cakap aku kan 

PELUPA!


4) Jaga diri elok-elok.

~ Aku rasa aku tak jaga diri elok-elok sepanjang aku kat UPSI. Dalam erti kata lain budi bahasa, kelakuan aku berterabur kot! Memang tak terkawal bila jauh dari orang tua. Ikut suka nak berkawan. Tapi, sampai sekarang aku masih ada kawan-kawan yang sentiasa membimbingku di sini. Kalau jaga diri yang mak dan ayah aku maksudkan tue ialah tatasusila ke, budi bicara ke memang aku tak ikut pesan dorang sebab aku bukan seorang perempuan yang bersopan santun tapi seorang perempuan yang rawksss..


Maaplah! mak ayah! Dah terlanggar pantang larang sekaligus mendapat title derhaka. Takpe nanti mintak maaf lagi sekali. Mak ayah terus doakan kejayaan kite kat cni. Nanti, kite bawak balik pointer 3.8 tau sem ni. (suka tipu mak ayah lagi)




Jumaat, 15 April 2011

Nasihat Untuk Para Suami


 Pertama-tamanya kalau rasa LUCAH jangan bace.
.
.
.
.
.


KALAU xlucah sila teruskan ~


1. Sebelum tidur, peluk dan cium isteri. Tidak semestinya cium di mulut tetapi di dahi, di pipi atau mana² bahagian yang biasa dicium.



2. Kemudian, lafazkan ucapan I love you. Kalau nak cakap “Abang cintakan Ayang” pun boleh tapi, dah jadi budaya kita agaknya nak sebut I love you lebih mudah.



3. Renung wajahnya. Berikan renungan seolah itu kali terkhir untuk anda melihatnya. Kemudian belailah rambutnya.



4. Cuba nyanyikan lagu paling romantis untuk dia. Kalau rasa suara tak sedap, boleh dengarkan lagu yang sebegitu sambil katakan lagu itu anda tujukan khas untuknya.



5. Jika masih ada masa, ulang cerita tentang zaman sebelum berkahwin atau zaman bulan madu. Jangan cerita semua. Satu hari ungkit satu cerita. Tapi yang seronok sajalah. Jangan ungkit masa bergaduh pula.



6. Ajak dia berbicara tentang anak dan keluarga. Ceritakan apa yang dia dah lakukan untuk anda dan anda amat berterima kasih dengan perbuatannya.



7. Kalau mampu, ceritalah tentang isteri² Rasulullah saw dan bagaimana mereka menghadapi cabaran.



8. Tidurlah dalam keadan berpelukan. Biarlah dia berbantalkan lengan,dada atau bahu anda. Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh diperbuat. Tidak semestinya berakhir dengan hubungan intim.



Insya-Allah, bila isteri kita tahu yang kita betul² sayangkan dia, layanannya juga akan menjadi lebih baik. Bila layanannya baik, kita nak pasang lain pun jadi ragu² sebab bimbang yang baru kita dapat tak sehebat isteri kita sekarang.


p/s: kalau lagu ni punya cita lah! kompem lepas konvo aku kawen nie! 


sumber:

Rabu, 13 April 2011

Megat Rayyan Zhafran b. Megat Zulkarnain: Permata Yang Tiada Nilai Taranya

Alhamdulillah, hampir 9 bulan aku tertunggu-tunggu melihat 'beliau', akhirnya aku mampu untuk melihatnya walau hanya di alam maya. Hatiku puas setelah hampir 9 bulan ku tunggu kehadirannya. Dengan kuasa Tuhan, akhirnya kami dipertemukan.

Cetttt! Macam nak jumpe boyfie je ayat kat atas! Jangan salah anggap ye, c Rayyan yang saya maksudkan ialah anak sedara pertama yang telah melihat secara kelip-kelip dunia nie pagi semalam. Rayyan si baby yang songsang sebab dia buas kot dalam perut mama die! Jadi, mama Rayyan saket siket la sbb kene operate time lahirkan Rayyan semalam.

Sampai sekarang, Rayyan tak boleh rasa susu mama dia lagi sbb mama dia xmampu utk bangun! Bisa-bisa pisau masih terasa bak cakap mamanye la kan? Jadi, skrg Rayyan hnya minum susu Anmum saja. Kesian Rayyan, lagi kesian kat mama Rayyan tau!

Besar nanti jadi anak yang soleh ye Rayyan. Tengok mama Rayyan tue saket tp still tersenyum sbb tengok Rayyan senyum sambil tido! Nanti, auntie balek cium Rayyan tau..




Profile Rayyan:

~ Megat Rayyan Zhafran b. Megat Zulkarnain

~ 3.7 sumting kg berat si Rayyan

~ Hospital Tuanku Fauziah tempat Rayyan Lahir kan....

~ Rayyan si baby hensem!

~ Rayyan bakal jd mangsa cium auntie2 nya!


Comel x si Rayyan tembam ni


 Mata Rayyan sepet macam mamanya



Rayyan si baby hensem



Rayyan suda pandai senyum2



Lepas minum susu, Rayyan tido tepi mama la ok!


Jumaat, 8 April 2011

Lagi Hal Yang Membabitkan Sekolah di Perlis

Baru 3 atau 4 hari yang lepas, institusi sekolah dikejutkan dengan berita kematian pelajar darjah 1 yang meninggal akibat daripada kegilaan guru sekolah terbabit. Semalam, masih lagi membabitkan Negeri Perlis, seorang guru yang berusia 37 tahun telah retak tulang hidung ditumbuk oleh pelajar.
 
Melihat kepada pernyataan guru terbabit bahawa beliau ingin meleraikan pergaduhan sekumpulan pelajar yang bergaduh di hadapan kelas, akhirnya
.
.
.
.
.

dush.. dush.. dush!

DITUMBUK!


Kalau dahulu, sekolah merupakan sebuah institusi yang paling selamat untuk didiami oleh guru dan pelajar. Namun, istilah sebegini tak boleh digunapakai lagi pada alaf ini, apabila institusi sekolah ini sendiri menyaksikan pelbagai kejadian yang sadis-madis seperti pembunuhan, perkosaan dan yang paling popular pergaduhan. Lebih menggusarkan lagi hati seorang guru apabila nyawa guru juga turut menjadi taruhan di sekolah.
 
 
Rasanya, sudah sampai seru dan ketikanya, Kementerian Pelajaran Malaysia perlu mengambil langkah pencegahan untuk merawat kembali 'penyakit-penyakit kronik segelintir pelajar dan guru' seperti-seperti ini.




Selasa, 5 April 2011

Tanda 100 Hari Sebelum Mati

TANDA PERTAMA

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar . Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.



TANDA 40 HARI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.



TANDA 7 HARI


Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.



TANDA 3 HARI 


Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.



TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.



TANDA AKHIR

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.


Sumber: Perkongsian Ilmu Menuju Ke Alam Akhirat



Dipetik:


P/s:
Apa yang saya tahu, saya cuma kongsikan. SesungguhNya hidup ini tiada yang indah kecuali mati dalam Iman dan Takwa. Semoga beroleh manfaat (^_^)V

Profesion Keguruan Sekali Lagi Dicemari

Berita mengenai seorang murid bersekolah agama yang dibelasah oleh seorang guru sehingga meninggal telah menimbulkan pelbagai kontroversi sekaligus mencemarkan lagi profesion keguruan di Malaysia. Pelbagai kontroversi terus dicanang sehingga sedikit sebanyak menggugat kredibiliti bakal-bakal guru seperti saya sendiri. Berita kematian Arwah Adik Saiful Syazani kian menggeruhkan lagi profesion dalam bidang keguruan.

Pelbagai tohmahan dilemparkan atas berita pemergian arwah adik tersebut. Saya sendiri sebagai seorang bakal guru yang akan menjalani praktikum pada bulan 5 nanti terkaku sejenak apabila selesai membaca topik hangat tersebut. Bagi saya, guru tersebut tidak ubah seperti
.
.
.
.
.


BINATANG!

Hanya disebabkan Ringgit Malaysia yang berangka 7, guru tersebut sanggup menggadaikan kesalahan tersebut dengan nyawa. Lagi menyayat hati selepas guru tersebut  memukul kepala arwah adik Saiful, guru itu ‘naik minyak’ dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding. Hal ini dipercayai punca utama mangsa mengalami masalah pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung.

 Tugas seorang guru hanyalah
.
.
.
.
.

MENDIDIK
.
.
.
.
.
 bukan


MENJENTIK
MEMUKUL

apatah
.
.
.
.
.
MEMBUNUH!

Semoga, saya sendiri dapat mengambil iktibar atas pemergian arwah Adik Saiful Syazani semalam. Hanya mendoakan arwah ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman.





Sumber:

Jumaat, 1 April 2011

Solat Istikarah

Seseorang yang menghadapi sesuatu soal yang bersifat mudah, sedang ia sendiri masih ragu-ragu mana sebaiknya dilakukan, maka di sunatkan mengerjakan solat yang bukan termasuk wajib.


Waktu yang TERBAIK utk Istikarah
- Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.

- Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”.

- Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.

- Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.


Niat Solat Istikharah

Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta’ala.


- Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan bismillah dan selawat dahulu).


Doa Solat Istikharah


“Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini……..baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu.”


Yang di bawah boleh anda baca jika mempunyai waktu kelapangan atau ingin mengetahui lebih lanjut mengenai fadhilat Solat Istikharah ini.

Bila di sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan. Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di kalangan sesetengah Ustaz dalam soal istikharah ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja.

Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan peringatan dalam soal ini. Sedangkan amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;

Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:
Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.


Betapa pentingnya Solat Istikharah ini sebagaimana pentingnya kita mempelajari al-Quran.
Sebagai satu iktibar dan renungan penulis ingin berkongsi beberapa contoh kisah benar yang berlaku di kalangan sahabat-sahabat yang terlupa mengamalkan solat istikharah. Nama dalam kisah ini bukan nama sebenar.


Kisah-1
Setelah berpindah randah dari satu rumah sewa ke rumah sewa, akhirnya tergerak hati Salim untuk memiliki rumah sendiri. Lalu dia melihat iklan di surat khabar dan berkenan dengan tawaran rumah yang agak munasabah harganya. Rumah tersebut masih belum dibina lagi tetapi pihak pemaju telah menawarkan pakej jualan yang istimewa. Pihak pemaju perumahan memberi jaminan rumah tersebut akan siap dalam masa dua tahun. Salim berminat dengan rumah tersebut lalu terus membelinya. Kini lima tahun telah berlalu, projek perumahan itu telah terbengkalai kerana pemaju telah bankrupt. Salim terpaksa membayar ansuran bulanan hutang kepada bank walaupun rumah yang diidamkan masih tidak wujud.


Kisah-2
Abu dan Salmah telah berkahwin selama 4 tahun. Mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata. Anak yang sulung telah berumur 3 tahun dan yang kedua masih 8 bulan. Mereka berasa agak susah hendak ke sana kemari kerana hanya memiliki motosikal. Satu hari Salmah mencadangkan kepada Abu untuk membeli kereta. Abu lalu terus pergi ke Perodua Show room untuk melihat-lihat kereta. Dia berkenan dengan model Kelisa lalu terus membelinya. Selang sebulan keretanya kena curi. Dah enam bulan berlalu keretanya masih tidak ditemui, tetapi dia masih membayar ansuran bulanan dengan pihak bank kerana pampasan yang pihak insurans bagi tidak mencukupi untuk melangsaikan bayaran baki hutang dengan pihak bank.


Kisah-3
Munirah akhirnya terpikat dengan pujukan rakan satu ofisnya Hafsah untuk melabur dalam satu skim pelaburan di internet. Dia akhirnya mengeluarkan sehingga RM10,000 untuk pelaburan tersebut. Dua tahun telah berlalu duit pelaburannya lesap tak nampak bayang.


Kisah-4
Rashid dan Zakiah telah mempunyai tiga orang anak. Mereka bercadang untuk mengambil pembantu rumah Indonesia. Mereka pergi ke agensi pembantu rumah dan terus memilih seorang pembantu rumah yang terdapat dalam senarai biodata. Selang dua bulan pembantu rumah pun sampai dan berkhidmat kepada mereka seperti yang dijangkakan. Tiga bulan berlalu tiba-tiba pada satu hari didapati pembantunya telah lari dari rumah.
Kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar di mana penulis sendiri bertanya kepada mereka adakah mereka telah melakukan Solat Istikharah sebelum memilih atau membuat keputusan. Mereka kata langsung tak terfikir hendak melakukannya.


Kisah -5
Iskandar berumur 40 tahun telah berkahwin dan mempunyai enam orang anak. Suatu hari dia mendapat telefon dari kawan baiknya Jaafar. Jaafar hendak memberikan satu hadiah istimewa kerana jasa Iskandar yang telah menyelesaikan masalah keluarganya. Jaafar hendak menawarkan kepadanya perbelanjaan pakej menunaikan haji untuk suami isteri ditanggung sepenuhnya iaitu RM15,000 setiap orang. Hati Iskandar gembira bukan kepalang kerana sudah lama dia mengidam untuk menunaikan haji. Lagipun duit simpanan dalam tabung hajinya baru RM3000. Iskandar tidak terus menerima hadiah tersebut sebaliknya dia memberi tempoh tiga hari untuk membuat keputusan. Iskandar melakukan Solat Istikharah tiga malam berturut-turut. Pada hari keempat dia berjumpa Jaafar mengatakan dia sangat berat untuk menerima hadiah tersebut. Dia mengatakan ingin pergi menunaikan haji dengan duit pendapatan sendiri. Jaafar agak kecewa, dipujuknya namun Iskandar tidak terima juga. Selang dua bulan selepas itu baru Iskandar mendapat tahu duit yang hendak diberikan kepadanya itu adalah dari duit riba iaitu interest bank konvensional akaun simpanan tetap Jaafar. Jaafar telah tersalah sangka. Disangkanya bahawa duit riba boleh dihadiahkan kepada orang lain tetapi tidak boleh digunakan sendiri.


Kisah-6
Cikgu Imran telah mendapat arahan pertukaran sekolah dari Sabak Bernam ke Sandakan. Bila menerima surat tersebut hatinya agak gembira kerana ingin memberi khidmat di kawasan pedalaman. Baginya tidak ada masalah sebab masih bujang, dan teringin sangat hendak ke Sabah. Dia solat Istikharah walaupun keputusan telah ditetapkan oleh kementerian kepadanya. Dia berdoa “Ya Allah kalau pemergian aku ke Sandakan ini baik untukku dan agamaku maka permudahkanlah jika tidak kau gantikanlah dengan yang lebih baik dan sempurna”. Selang dua minggu Pengetua disekolahnya memberitahu kepadanya pertukaran dia ke Sabah di tarik balik disebabkan masalah teknikal. Dia rasa agak pelik namun tidak kecewa malah tetap gembira kerana telah melakukan solat istikharah. Dia yakin ini yang terbaik di pilih oleh Allah untuknya. Selang sebulan dia bertemu Jodoh dengan Ustazah (al-Hafizah) yang baru berpindah di taman tempat dia tinggal.
Semua kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran. Yang pastinya kita tidak akan rugi di dunia dan akhirat bila beramal dengan Solat Istikharah ini.
Dewasa ini ramai di kalangan kita hendak membeli rumah yang berharga lebih RM200,000. Bayaran balik mungkin mengambil masa selama 20 hingga 25 tahun. Dalam tempoh tersebut macam-macam perkara boleh terjadi. Jika sekiranya kita melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah tersebut, pasti Allah akan mendorongkan kita membuat pilihan yang tepat dan memudahkan segala urusan. Penulis ada bertemu dengan beberapa sahabat yang melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah, Alhamdulillah segala urusan menjadi mudah dan dapat membayar balik hutang rumah lebih awal daripada yang dijangkakan.
Seperkara lagi, supaya Allah SWT memakbulkan doa kita, jauhilah segala bentuk pinjaman yang ada unsur-unsur riba’ seperti dari sistem konvensional. Pilihlah sistem perbankan Islam semoga Allah memberikan keberkatan dan menurunkan rahmatnya sepanjang tempoh pinjaman di buat. Yakin dan percayalah jika kita mengikut suruhan Allah, pasti Allah akan membantu kita di ketika senang dan susah. Jika Allah bantu kita tiada sesiapa yang boleh menghalangnya.


Sumber:



Rujukan:
Mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin.
 

P/s:
Kita hanya mampu berdoa dan berusaha. Yang menentukan tetap di Tangan-Nya. Semoga beroleh manfaat

April Fool Hanya Untuk Si BODOH!

Errr.. arini 1st April yup. Ramai yang bangun pagi mesti akan ingat oh! Today = April Fool! Tak mustahil, ramai si pembodoh-pembodoh kat luar sana yang tengah ligat mencari idea untuk kenakan kengkawan-kengkawan kan? Hari Jumaat yang mulia nie, dengan perasaan tak tahu malu boleh pulak nak celebrate benda bodoh cemgini kan?

Paling memalukan, tengok kat status fb tadi, ade jugak sorang mamat selebriti ni wish Hepy April Fool! Sudah la artis, cetek pulak pemikiran. Kalau kau wish selamat bersolat jumaat sejuk jugak ati aku nak mengelike status kau!

Agak kasar kan bila aku cakap April Fool hanya untuk si BODOH2 kat luar sana 2! Mane tak bodoh, kadang2 dorang kenakan orang sampai boleh putus2 kawan. Tak ke bodoh benda2 cemtu? Sangat bodoh kan? Bodoh sangat! Pastu mula la nak gatal2 menyesal. Time kau kenekan orang xpulak kau nyesal! Orang Islam kan suke jek buat benda2 bodoh dari Barat ni kan? Yang disuruh tak buat, yang ditegah diamalkan.

Alhamdulillah, sepanjang 22 tahun hidup, tade pulak aku diketemukan dgn si pembodoh2 ni. Kawan-kawan aku sumenya baek2 belaka! Hehe.. Slmt bersolat jumaat sume ya!


Selasa, 29 Mac 2011

Semester Terakhir Di Kolej Kediaman

Nie entri paling sedih kalah entri lepas kene cerai! 3 tahun menginap di kolej kediaman Za'ba, Last2 untuk semester depan yang bermula pada September nanti keputusannya aku 'DITENDANG'. Padan muka kau, buku aktiviti tak anta! Perlu ke kau harap orang antakan buku aktiviti kau Ayu oi!!!!

Aku rasa macam nak meraung pun ada. 3 tahun aku bersenang-lenang dengan kehidupan di kolej, tapi menjelang semester akhir aku tercampak ke luar kandang lembu, itik, monyet cemgini! Camane nak cari rumah sewa? Camane nak pegi cari tuan rumah sewa? Camane nak bayar cengkeram rumah 2 nanti? Camane nak pegi clas nanti? Camane nak tue? Camane nak ni? Oh Menarik Giler! Haram 1 ape pun kau xtau Ayu.

Hurmm.. aku berkira-kira, cuti sem nanti aku belajar sume-sume persoalan kat atas ni! Kesian aku dan segerombolan senior lagi yang senaseb macam aku. Takpe lah! terima kaseh meremove aku dari kolej terchenta nie! Bila pk2 balik, bagus jugak felo baru BLOK D tue tendang request aku, ada la jugak pengalaman sebesar kuman berpeluh-peluh cari umah sewa nanti.




Cantek kan blok aku. :'(

Rabu, 9 Mac 2011

Yeay! Pengetua Hensem Sudah Menerima Saya Untuk Berpraktikum!

Lame tidak mengupdate belog dek kesibukan kota.. Assignment terlalu banyak. Standard kalau aku menangis-nangis buat assignment sebab aku selalu buat kije last minute. Last minute ade bahan ok! Bukan maen tangkap muat je.

Sekarang tak free langsung, tapi dek kegumbiraan bercakap dengan pengetua hensem SMK Seri Kota, Melaka pagi tadi, tetibe jek jari-jemari gatal buka belog! Hehehe. Terima kasih Tuan Pengetua Encik Othman b. Sagap kerana melayan panggilan aku dengan penuh kasih sayang. Haha.. Pengetua nie, pengetua no.2 paling baik pernah aku jumpe. Yang no.1 tue tentu2 pengetua sekolah lama aku.

Pestime aritu aku dah apply SMK Munshi Abdullah, tapi ada jugak makhluk yang nak bersaing-saing dengan aku. Sebab kau ada title senior, aku pun berganjak dan mengalah. Akhirnya, aku tekad bertukar sekolah sebab kalau aku tak nak mengalah, sape lagi nak mengalah kan? 

Takkan SENIOR aku plak nak mengalah? MUSTAHIL! Sampai aku mati pun takkan dorang tue nak mengalah...


Aku macam sudah putus asa menangis-nangis sebab permohonan aku kat SMK Munshi ditolak. Aku tekad bertukar haluan ke SMK Seri Kota dan akhirnya permohonan aku disambut dan diterima oleh seorang pengetua yang sangat baik pagi tadi. Aku kira dia pengetua yang baik. Disebabkan dia terima permohonan aku untuk berpraktikum kat sana, maka aku akan anggap dia pengetua paling hensem sepanjang tahun ni!

Selesai. Terima kasih Pengetua Hensem Lagi Baik Hati.



Di sini kisahku bermula ~

Khamis, 3 Mac 2011

Saya Bukan Cekgu Yang Garang!

Legaaaaaaaaa. Lepas sume tekanan perasaan. 2 minggu lebih aku seperti bernafas tapi xlepas gara-gara macro teaching nie! Alhamdulillah, tadi suda settle. Aku memang tak nak show vid aku dalam kelas sebab aku tau budak-budak kelas aku sgt gila. Tapi untuk dinilai setiap pelajar yang mengambil kursus KPD 3026 perlu showkan vid macro teaching sendiri.

Tepat! Seperti jangkaan awal aku 40 orang kengkawan aku tak termasuk aku lantang mengatakan 'Ayu, teacher yang paling garang'. Korang tak adil maen tuduh-tuduh aku cemgitu. 2 hanya sekadar vid. Sebenarnya aku bukan cekgu yang garang! Gila babas malu aku time korang bising-bising kat belakang cakap aku garang!

Vid yang korang tengok 2 hanya sekadar vid. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran itu sebenarnya aku. Lemah gemalai, mengada-ngada, lembutkan suara time mengajar 2 bukan aku! Bila aku kuatkan suara ramai yang cakap aku garang. Sebaliknya, aku nak showkan ketegasan. Tapi lain pula yang korang perhati aku. Nak buat camane 2 teknik yang aku pilih untuk capture perhatian bebudak aku yang menerawang jauh ke Nigeria kot time aku mengajar nanti.

Komen yang mengatakan aku garang memang aku amek dan aku simpan sebab nanti aku nak mengajar anak korang! Siap anak korang ngan aku! Btw, komen-komen korang sangat dihargai. Paling aku touching ada budak nie cakap

'Ayu garang? Nampak lembut tapi garang rupanya.'


Hehehehe.. aku nampak lembut tapi dalam hati tade taman ok!


Nie la rupa cekgu garang ni! Kejam sungguh!


Ahad, 27 Februari 2011

Jom Join Bloglist Blogger Baru

Owh.. Baru terjumpe link yang baru ni lepas menggodek-godek sebentar tadi. Maka dengan ini, aku nekad dan bertekad untuk join bloglist blogger ni.

Syaratnya ta kesah la blogger baru atau lame tapi follower wajib korang kurang dari 300. Yang lebih tue ta payah join lagi.

Blogger yang baru macam aku boleh la touch di 

SINI   


Sabtu, 26 Februari 2011

Award Dari Da VoiCe WitHiN

Sila kutip award anda ye! Hehehe.. tenkiu Puteri..

Saya memang pengutip award yang SETIA!

Meh follow2 untuk curik award Puteri



Khamis, 24 Februari 2011

Si Gemok Yang Sihat

Salunye ramai orang yang terngiur, terpesona, terjatoh shenta dengan orang yang kurus, ramping dan sebagainya lagi kan? Kesian kat orang chubby-chubby nie. Tade sape pun yang berkenan. Nak say Hi pun berat telah la nak mengorat! Tape.. tape, orang chubby ni ekceli-meli sehat ok! Orang kurus lidi tue yang banyak saket.

Aku chubby sebab tue la aku kasi entri ni naek mencangak kat belog aku! Tak kesah pun aku chubby ke, gemok ke, gendut ke eh.. eh sumpah aku ta kesah! Sebab aku rase aku cantek bila chubby (saje aku nak perasan sorang2). Dan aku rasa aku JELIK, PELIK dan SAWAN kalau aku kurus. Makanya, telah ditentukan oleh Tuhan, aku chubby.

Orang kurus makan pun kadang-kadang maen hadap jek. Selagi boleh sumbat, selagi tue dorang sumbat! Orang chubby nie makan ikut time ok! Tade nye maen sental-sental ni. Kalau yang spesies sental-sental makan ni aku panggil die PELAHAP je!

Ni antara menu breakfast dan malam aku. Kalau sebelum ni aku men tenyeh milo dengan biskut je pepagi. Malam stop aku takkan sesekali tenyeh atau lahap milo. Tapi, sejak aku disayangi oleh Encik Pelangi (ayat nak stat menggatai) menu aku secara automatik berubah. Sebelum nie, jangan harap aku nak minum susu, nak sentuh susu pun aku geli sebab aku ta suke kaler putih-putih. Alasan sebab aku loya tengok susu yang kaler putih2 tue. Tapi... tue dulu la..

Nah! amek kau sekarang~



Tapi En. Pelangi suruh minum dengan benda nie lagi (see! si gemok maken sehat)



Pluskan Omega dengan Jeli Gamat = INCIK PELANGI



Maka,  jadinya beginilah setiap pagi dan malam!


 

Wajib, aku minum dengan cawan Doraemon ni je kalau minum susu dan cawan nie xkan sesekali aku izinkan sesiapa untuk meminjamnya!


Sekarang, Si Gemok nie akan menjadi seorang yang sehat, cergas dan walafiat!


p/s: KURUS xsemestinya SIHAT!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...