Followers

Selasa, 5 April 2011

Profesion Keguruan Sekali Lagi Dicemari

Berita mengenai seorang murid bersekolah agama yang dibelasah oleh seorang guru sehingga meninggal telah menimbulkan pelbagai kontroversi sekaligus mencemarkan lagi profesion keguruan di Malaysia. Pelbagai kontroversi terus dicanang sehingga sedikit sebanyak menggugat kredibiliti bakal-bakal guru seperti saya sendiri. Berita kematian Arwah Adik Saiful Syazani kian menggeruhkan lagi profesion dalam bidang keguruan.

Pelbagai tohmahan dilemparkan atas berita pemergian arwah adik tersebut. Saya sendiri sebagai seorang bakal guru yang akan menjalani praktikum pada bulan 5 nanti terkaku sejenak apabila selesai membaca topik hangat tersebut. Bagi saya, guru tersebut tidak ubah seperti
.
.
.
.
.


BINATANG!

Hanya disebabkan Ringgit Malaysia yang berangka 7, guru tersebut sanggup menggadaikan kesalahan tersebut dengan nyawa. Lagi menyayat hati selepas guru tersebut  memukul kepala arwah adik Saiful, guru itu ‘naik minyak’ dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding. Hal ini dipercayai punca utama mangsa mengalami masalah pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung.

 Tugas seorang guru hanyalah
.
.
.
.
.

MENDIDIK
.
.
.
.
.
 bukan


MENJENTIK
MEMUKUL

apatah
.
.
.
.
.
MEMBUNUH!

Semoga, saya sendiri dapat mengambil iktibar atas pemergian arwah Adik Saiful Syazani semalam. Hanya mendoakan arwah ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman.





Sumber:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...