Followers

Rabu, 5 Januari 2011

Lakukan Ini Jika Ingin Kekal Bercinta

Jaga PENAMPILAN diri. Kekemasan itu penting. Jangan tonjolkan kejelikan diri yang sebenar pada awal pertemuan. Pandangan pertama itu penting!

Mulakan perhubungan dengan hati yang IKHLAS. Jangan malu untuk jadi diri sendiri. Tak perlu berlakon takut nanti menjerat diri sendiri.

Gunakan BAHASA TUBUH ketika berinteraksi seperti renungan mata dan gerakan tangan supaya sidia tahu yang anda berminat dengan komunikasi yang berlaku antara anda dan sidia.

Berfikiran POSITIF. Datang untuk bertemu dengan sidia dengan penilaian yang kosong. Ini membuatkan anda untuk mudah menerima  sidia.

Elakkan daripada menggunakan perkataan yang NEGATIF (saya tidak suka itu dan ini). Gunakan ayat-ayat yang POSITIF (ye! saya juga suka itu dan ini).

Jangan FOKUS kepada masalah kerja pada pertemuan yang pertama. Ingat! sidia tidak datang untuk berjumpa dengan anda untuk sedih.

Tolong jangan KEDEKUT. Berikan dan lontarkan kata-kata pujian kepada sidia. Berikan pujian kepada aksesorinya, kasut, baju dan apa sahaja yang anda dapat lihat dengan mata kasar pada pertemuan itu. Tapi AWAS! jangan keterlaluan sehingga sidia tidak selesa.

Jangan SOMBONG ketika berbicara pada pertemuan pertama. Kesombongan itu punca utama sidia meninggalkan anda. Sebaliknya, selitkan unsur humor dalam berbicara. Sumpah, sidia pasti tertarik dengan anda.

Jika sidia melakukan KESALAHAN, berikan ruang untuknya berterus terang. Sidia mungkin mempunyai alasan yang kukuh. Awas ya, jangan sampai tuduhan melulu kepada sidia memalukan anda sendiri!

Bila anda melakukan kesalahan, tolong jangan menjadi BAKHIL untuk meminta maaf! Tak rugi hanya keluarkan sedikit air liur. Tak perlu bayar apa-apa kan? So?? Mintak je la maaf tue!

Lakukan perkara yang SAMA sebelum dan selepas anda mendapatkan sidia. Kirimkan SMS untuknya seperti biasa. Fikir balik, malu tak sebelum dapat sidia bukan main anda mesej, tak cukup mesej telefon sampaikan sidia rimas. Tapi selepas dapat apa yang anda lakukan? Ingat ya! sidia juga tahu erti SPARE PART!

Jangan terlalu menunjukkan KEBAIKAN diri anda kepada sidia. Takut nanti sidia mengatakan anda hipokrit. Memang malu. Jadi lebih baik bersikap sederhana.

Gunakan bahasa yang MUDAH untuk difahami. Jangan gatal-gatal gunakan bahasa tersurat yang meninggalkan tanda tanya kepada sidia. Sedar atau tidak, bahasa tersurat yang anda gunakan kepada sidia mungkin akan membuatkan sidia menangis kerana sidia gagal mentafsirkan mesej sebenar anda.

Semua orang ada EGO. Anda dan kekasih juga mempunyai ego yang tersendiri. Jadi saling hormat ego masing-masing. Jangan sampai menjatuhkan ego sidia di hadapan umum. Lebih baik berdiam diri.

Gunakan daya PUJUKAN yang tinggi ketika memujuk kekasih anda sedang merajuk. Gunakan kata-kata yang manis. Tapi awas! jangan sesekali menabur janji.
Last.. Gunakan GANTI NAMA yang mesra. Jika tidak keberatan khususkan ganti nama itu untuk sidia sahaja. Awas ya! jangan samakan ganti nama seperti sayang ke baby ke yang anda gunakan ketika memanggil sidia kepada orang lain! Anda sememangnya mengundang nahas dalam perhubungan! Jika bergurau pun jangan gunakan ganti nama yang anda khususkan kepada sidia.

Semoga sukses ya dalam perhubungan kalian (~_^)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...