Followers

Daisypath Anniversary tickers

Khamis, 25 November 2010

:: T.E.S.I.S ::

Pagi tadi dengan keadaan yang agak segar bugar melangkah ke Bilik E Learning 1 untuk menghadiri sesi taklimat mengenai Latihan Ilmiah. Okei, siyes aku malu bila aku masih lagi terkial-kial untuk membuat persediaan proposal bermula awal semester depan. Masuk je bilik tu pagi tadi, baru aku tahu yang aku masih lagi daif dalam menguasai format SMART untuk menghasilkan satu tesis yang baek. Agak terkejut proposal itu mesti dirangka pada semester depan. Maknanya, aku terpaksa meninggalkan masa muda remajaku.

Senarai penyelia untuk latihan mengajar bakal dikeluarkan pada minggu hadapan dan aku mesti bersedia dengan rangka-rangka proposalku. Terasa begitu muda untuk membuat dan memikirkan mengenai rangka proposal. Aku seorang yang malas untuk membaca buku. Aku hanya akan menjadi luar biasa apabila final menjelma sahaja. Jadi, ini merupakan satu tekanan dari pihak akademik untukku. Hehe, apa pun yang terjadi aku masih teringat lagi dua perkataan terakhir pensyarahku bahawa tesis BUKAN MUDAH!. Itu sahaja yang aku ingat.

Sedar atau tidak semester hadapan adalah semester terakhir sebelum aku melangkah ke alam persekolahan semula. Jadi, dengan rela hati aku akan menghamba abdikan diri ini sepenuhnya untuk tesis itu kerana tesis ini merupakan syarat pengijazahan untuk aku. Hahaha.. berangan nak pakai jubah baling-baling topi tapi bila suruh buat rangka proposal PEMALAS!

>,<

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...