Followers

Daisypath Anniversary tickers

Isnin, 9 Ogos 2010

:: rAMadHAn dAtANg Lag! ::

Alhamdulillah.. aku masih sempat menghidu wanginya bulan ramadhan. Pada Tuhan aku tautkan rasa syukur kerana aku masih diberi kesempatan mengharungi bulan yang penuh dengan barakah ini. Aku masih dihidupkan sehingga ke Ramadhan kali ini.

Ramadhan ini adalah ramadhan yang paling bermakna untuk kedua orang tuaku. Syukur Tuhan.. kau bukakan pintu kebahagiaan untuk kedua orang tuaku untuk merasai kebahagiaan ini. Untuk pertama kalinya, ibu & ayahku akan berpuasa bersama menantu sulungnya. Tidak dapat aku gambarkan kebahagiaan yang bakal terpancar di wajah mereka nanti.

Namun.. aku juga mempunyai kebahagiaan yang tersendiri. Aku masih diberi ruang dan peluang untuk menyambut ramadhan bersama keluarga dan juga teman-teman seperjuangan di UPSI. Untuk kali keduanya aku menyambut ramadhan jauh di perantauan. Tetapi, aku bersyukur.. aku dikurniakan teman-teman yang sangat mengambil berat & sanggup mengharungi liku-liku hidup bersamaku di sini.

Harapanku hanya satu.. semoga ramadhan kali ini aku diberikan kekuatan dan semua amalan diterima olehNya. Ayuh!! kejarlah ramadhan dengan sebaeknya.. Moga-moga kita bisa mengejar semua kebaikan itu.

Lalui ramadhan dengan sempurna ye kawan 
 
 (@__________@)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...