Followers

Daisypath Anniversary tickers

Khamis, 11 Mac 2010

:: s!ApA LeLAk! sEjAt! !tU ::


Seorang anak lelaki bertanya pada ibunya,.”Ibu ceritakan padaku tentang lelaki sejati”.

Si ibu tersenyum & menjawab 'lelaki sejati bkn dilihat daripada BAHU nya yang gagah tetapi daripada KASIH SAYANG nya pada orang yang disayanginya.

Lelaki sejati bukan dilihat daripada SUARA nya yang lantang tetapi daripada kelembutannya mengatakan KEBENARAN..

Lelaki sejati bukan dilihat daripada bagaimana dia DIHORMATI di tempat kerja, tetapi bagaimana dia DIHORMATI DI DALAM RUMAH.

Lelaki sejati bukanlah dilihat daripada banyaknya perempuan yang memujanya, tetapi daripada KOMITMEN nya terhadap PEREMPUAN YANG DICINTAINYA.

Lelaki sejati bukanlah dilihat daripada kerasnya dia membaca ALQURAN tetapi daripada KONSISTEN nya menjalankan apa yang dia baca.

Lelaki sejati bukanlah dilihat daripada jumlah barbel yang dibebankan tetapi dilihat daripada TABAH nya ia menjalani LIKU LIKU KEHIDUPAN.
 
Lelaki sejati bukanlah dilihat daripada kerasnya PUKULAN tetapi daripada sikap bijaknya memahami PERSOALAN.

Lelaki sejati bukanlah dilihat daripada DADA nya yg kuat tetapi dari HATI nya yang bersih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...