Followers

Rabu, 27 Januari 2010

:: PRK UPSI ::


Esok 28. 01.2010 hari yang bersejarah untuk mahasiswa dan mahasiswi UPSI. Tunaikan tanggungjawab anda kepada universiti dengan turun membuang undi. Tak ketinggalan jugak aku. Terlalu excited untuk mengundi calon2 pimpinan MPP untuk kali yang keduanya. Walaupun hanya 1 undi ia amat bermakna untuk aku sebagai seorang mahasiswi di UPSI.


Esok.. selesai sahaja kelas Penduduk & Kependudukan aku akan turun untuk membuang undi. Yang penting untuk kali kedua aku akan mengundi calon yang benar-benar layak sahaja. Calon-calonnya sudah dikenal pasti hanya tunggu beberapa detik dan saat sahaja lagi untuk aku ke tempat mengundi untuk membuang undi.


Pada mahasiswa dan mahasiswi yang lain turun lah mengundi. Mengundi itu wajib. Jangan rosakkan masa depan universiti dek 1 undi anda. Sama-sama turun mengundi. Yang penting undi calon yang boleh membela nasib kita sebagai mahasiswa UPSI.


Pada calon-calon yang bertanding, TAHNIAH.. sememangnya anda-anda adalah insan yang paling layak menggalas tanggungjawab universiti. G.luck semua untuk bakal-bakal pimpinan UPSI. Semoga kejayaan berada d pihak yang benar.


~ saya xcited nak pegi mengundi :P ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...