Followers

Daisypath Anniversary tickers

Sabtu, 2 Januari 2010

:: iBu kANdUNg sULuH bUdImaN ::




Entry yang x pernah terfikir dek akal. Dah hampir 2 tahun aku mengenalinya.. tapi xsedikit pun aku cuba untuk mengiktirafkan DIA sebagai sesuatu yang berharga. Alhamdulillah.. DIA mahu menerima kehadiranku di sini. Terima kasih UPSI. Sesungguhnya aku bangga kerana berjaya untuk mengenalimu.


Sudah masuk 2 tahun hearty kita bertaut. Setiap hari aku memijak lantaimu. Setiap hari juga kau merasa titisan peluh yang mencurah-curah ketika panas matahari membakar kulitku. UPSI.. kau telah berjaya mengubah diriku. Kau berjaya menjadikan aku seorang yang dewasa walaupun aku tidak sematang yang disangka. Di sini.. kau ajarkan aku mengenali pelbagai jenis ragam manusia.


Setiap pagi.. kau ajar aku untuk bangun dan bersiap-siap lebih awal untuk pergi ke kelas. Motif.. supaya tidak berebut-rebut bas. Kau ajar aku unutk menepati masa supaya aku tidak ketinggalan di dalam kelas. Sesungguhnya.. banyak yang aku pelajari ketika berada di sini. Insya allah jasadku akan berada di sini untuk baki yang lebih kurang 2 tahun lagi.


Untuk tempoh yang masih berbaki ini.. izinkan aku untuk mengenalimu dengan lebih rapat lagi.
"UPSI menjana KEBITARAAN".


Hiraukan kenyataan bodoh timbalan menteri yang mengatakan IPTA melahirkan graduan yang tidak berkualiti. Yang penting.. UPSI tetap di HEARTY.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...