Followers

Daisypath Anniversary tickers

Sabtu, 2 Januari 2010

:: bErsALaM : mUSLim & bUKaN mUSLiM ::

"Ramai orang Muslim menjadi serba salah apabila bukan Muslim dari jantina berbeza menghulur tangan untuk bersalam. Mengapa mereka menjadi serba salah?
Salah Muslim atau salah bukan Muslim? Apakah boleh Muslim lelaki bersalam dengan Muslim perempuan yang sah nikah (boleh berkahwin)?
Bukan Muslim tidak tahu bahawa mereka tidak boleh bersalam dengan orang Muslim yang berbeza jantina. Begitu juga orang Muslim sesama Muslim yang sah nikah (bukan muhrim) juga tidak boleh bersalaman atau bersentuhan. Bagi orang Muslim, mereka faham bahawa haram bersentuhan lelaki perempuan yang sah nikah.
Bagi bukan Muslim, mereka tidak tahu. Apabila orang bukan Muslim tidak faham, maka menjadi tanggungjawab kita orang Muslim memaklumkan kepada bukan Muslim mengenai hal ini.
Pemimpin negara dan negeri boleh mendidik masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan pelbagai agama mengenai isu bersalaman ini. Tetapi selama pemerintah Malaysia, mereka tidak mendidik masyarakat mengenai hal ini; malah mereka secara terang-terangan bersalaman dengan orang Muslim dan bukan Muslim walaupun berlainan jantina.
Banyak cara kita boleh menghormati orang lain dari pelbagai kaum dan pelbagai agama dan buka mesti bersalam.
Orang Jepun tidak bersalam, tetapi menundukkan kepalanya sedikit sebagai tanda hormat bagi menggantikan bersalam.
Begitu orang China di negara China, hanya tunduk kepala sedikit atau satukan tangan kiri dan kanan, dimana tangan kanan dikepalkan dan diletakkan di bawah tapak tangan kiri, dan ditunjukkan kepada rakan yang ditemui sebagai tanda hormat tanpa bersalam.
Orang India tidak bersalam apabila bertemu tetapi merapatkan kedua telapak tangan dan membawa kepada dadanya serta diikuti dengan tunduk sedikit sambil berkata “salam” (greeting) dalam bahasa mereka.
Orang Peranchis akan bersalam antara lelaki dengan lelaki tetapi bersentuh pipi antara lelaki dan perempuan dengan sedikit pelukan sambil berkata “salam” (greeting) dalam bahasa mereka.
Justeru di Malaysia, orang Muslim boleh mengelak dari bersalaman dengan lelaki dan perempuan bukan muhrim, dengan cara menggerakkan tangan kanan, dibawa ke bahu kiri atau bawa tapak tangan kanan ke dada, untuk menunjukkan tanda hormat dan menggantikan bersalaman dengan bukan muhrim. Salahkah tidak bersalam dengan orang yang sah nikah? Berdosakan pada sisi Tuhan kalau tidak bersalaman dengan orang yang sah nikah? Tepuk dada tanya iman.
Kalau kita boleh beritahu pada bukan Muslim mengenai hal salam ini dan menunjukkan cara lain (gesture) menghormati seseorang tanpa bersalaman, maka kita percaya, perasaan serba salah ini akan hilang; kita akan rasa aman di dunia dan di akhirat, insya’Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...