Followers

Sabtu, 2 Januari 2010

:: AnA uHiBbUKa FiLLaH ::




Ternampak satu ayat yang benar-benar merangsangku untuk berubah. Jika sebelum ini, aku lebih banyak membenci disebabkan impian ku musnah dek sebab-sebab yang tertentu. Tapi apabila aku terpandang ayat ini secara imbasan.. aku terkedu seketika.

Benar.. semua yang berlaku adalah ketentuanNYA. Aku tak berhak langsung untuk menolaknya. Malah aku perlu menerima apa yang ditakdirkan padaku dengan penuh syukur. Hnaya dengan ujian, akan dapat menguji keimanan ku padaNYA. Nyata aku hampir gagal dengan ujian itu. Bukan gagal kerna melupakanNYA tapi gagal kerna aku membenci orang yang sudah ditentukanNYA untuk membahagiakan hidupku walau seketika cuma.


Bila aku renungkan.. nyata aku silap. Aku silap kerna aku menilai makhlukNYA seperti tidak ada perasaan. Itu kesilapan yang perlu aku tanggung. Andai DIA membenciku adalah wajar kerna aku yang mencetuskan bara-bara kebencian dalam dirinya. Aku tidak ubah seperti menipu diri sendiri dengan menolak takdir dariNYA. Itulah kesilapan yang perlu aku bayar. Aku kalah dengan ujianNYA.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...