Followers

Daisypath Anniversary tickers

Rabu, 25 November 2009

:: KOZ 09 - KeNAngAN iTu bErnILaI bUAtKu - ::




Tak tergambar dek kata-kata pengalaman yang dapat aku kutip melalui KOZ kali ini. Penyertaan untuk pertama kalinya sangat2 berharga. Mendapat team group yang paling sporting. Diketuai oleh seorang ketua yang penug berdedikasi iaitu Vinza. Walaupun didenda berenang secara kuak dada di dalam lumpur, itu semua menguatkan kami sebagai 1 kumpulan.




Terima kasih kawan2. Terima kasih group 7 (Vinza, Anif, Zila, Sue, Rozie, Punita, Ho, Tan, Sukanti). Korang adalah group yang paling baek sepanjang aku menyertai mana-mana kem. Nasi mentah yang menyenakkan perutku adalah kenangan yang paling indah ketika kita (Xtra Ordinary Group) sepanjang berada di dalam hutan. Sayangnya, kenangan itu xdapat dirakam tetapi tetap tersemat di dalam hati.




Teringat, ketika digasak oleh anjing.. menjerit sekuat hati. Tiada siapa yang menghulurkan pertolongan melainkan menjerit seperti keanak-anakkan maka air mata turun mengiringi hati yang gundah gulana ketika itu. Kenangan ini amat bernilai buatku. Semangat setiakawan sangat kuat diterapkan melalui program ini. Di sini, baru aku kenal sahabat yang sebenar. Sanggup bersusah payah, bersakit-sakit bersama. Tiada istilah 'Hal ko, ko yang settle, hal aku, aku yang settle'. Kalau nk kene penampor kasi pekak telinga, bisu mulut try siapasiapa sebut ayat di atas.



Lastly, aku gumbira berjumpa dengan korang semua. Harap2 persahabatan yang kita bina, persahabatan yang kita cari xakan putus di Kem Taman Rimba sahaja. Andai berjumpa, hulurkan senyuman yang kita ukir bersama-sama sepanjang tempoh 22 - 24 hb 09 di Kem Rimba Tamu, Btg Kali, Sgor. Semoga menjadi kenangan yang terindah utk kita semua. Trimas!!


=)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...