Followers

Daisypath Anniversary tickers

Rabu, 25 November 2009

:: 1001 rAsA KOZ 09 ::

Pada 22 hb - 24 hb, JMK, RE, AJK blok telah menyertai Kursus Organisasi Za'ba di Kem Rimba Tamu, Batang Kali, Sgor. Pergh.. agak bez la kem ni. Pelbagai pengalaman, sakit2, jatoh2 yang dapat aku rase time kem ni. Hah!! time aku ngah khusyuk menaip entri ni, aku merasakan badanku mula suam kuku, seluruh badan terasa sakit, pinggang sudah mula menunjukkan tanda2 kekejangan, otot2 kakiku usah dipersoal lagi. Hoho.. mintak simpang aku demam coz malam esok aku nak balik kampung suda!!


1st je sampai kt c2, kitorg dibahagi kumpulan. Leader 4 my group is Abg Vinza. but kitorg bahasakan die aku n ko. Bukan tidak respect tapi dgn cara 2 kitorg lebih dekat n menghormati antara 1 sama lain. Slpas pembahagian group kitorg diminta beratur dan diberi bahan wasiat di dalamnya dicampurkan dengan grm, gula, cili, bawang, pelbagai jenis herba, halia, beras, n sebijik telur. Kemudian leader ditugaskan untuk menangkap ayam. Ayam yang ditangkap perlu dipelihara dan dibawa ke mana2 sahaja. Kemudian, kitorg diberi bendera utk kump masing2 n ditugaskan utk membuat trademark kump masing. Kumpulan aku diberi nama XOG (Xtra Ordinary Group).

Then diberi masa selama beberapa minit utk kitorg gunekan. Masa diperuntuk untuk mengasingkan bahan2 wasiat, mencari kayu api serta membuat trademark kump. 1st grp yang didenda ialah group kitorg sbb lambat gara2 mengangkat kayu api. 1st denda adalah paling ringan iaitu pumping. Kemudian, kitorg makan. Hanya diberi masa selama 5 minit sahaja. Barangkali mmg nasibku ke Batang Kali utk didenda.. Haha.. Akhirnya aku merupakan salah seorang yang didenda kerana kelewatan makan. 2nd denda ialah berguling di atas padang kawat yang lembap. Pergh.. dah la lepas makan, kene lari, then kene guling. Bercelar perutku. Hampir pitam n ingin ku muntahkan sahaja sisa2 makanku di atas padang yang telah mengotorkan bajuku itu. Tapi semangat membatalkan segalanya.


Aktiviti y seterusnya, menaikkan paip sebanyak 10 batang. Kump A telah memenangi 1st game ni. Kump B terdiri drpda gbgan kump 5, 6, 7, 8. Manakala kump A pula terdiri drpada group 1, 2, 3, 4. Lastly kump B menang. So, hukuman menanti bg kump A. Selepas maghrib, semua peserta kump A didenda berguling2 di atas lumpur. Seperti berenang di dalam air tahik. Yaerghhhhhhhh.. tapi hukuman tetap hukuman. But kump A xberpuas ati lalu membuat perjanjian utk membalas dendam terhadap kemenangan kump B. Maka malam semakin larut. Tepat jam 12.00 am berlangsungnya 1 game iaitu War Game. Game dimulakan oleh sang juara iaitu kump B yang bertindak sebagai penyerang untuk merebut bendera. Malangnya kump A telah memenangi game ni. Hukuman seterusnya menanti kump B.


Sgt2 berdebar menanti hukuman yang bakal dikenakan pada keesokan hari. 23 hb @ hari isnin. Jungle tracking barangkali sejauh lebih kurang 20 km berjalan kaki dengan membawa ayam untuk disembelih,. kayu api untuk memasak serta bahan2 wasiat yang telah diwasiatkan itu. Sangat2 penat. Hampir tersungkur ku di pertengahan jalan kerana jalan berbukit perlu dinaiki. Namun semangat berpasukan yang tinggi membuatkan kelemahan itu hilang. Kepenatan  terbantut! Ketika jungle tracking bermula, kaki mula menunjukkan tanda2 akan kekejangan. Sah!! aku memang kekejangan sampai xboleh berjalan sekarang! :(. But memang njoy. Dalam hutan konon nak survival. Memang grp kitorg survival dengan memakan nasi mentah kerana api xnak hidup. Hujan lebat membuatkan ahli group aku keketaran untuk terus memasak. Terasa semangat berpasukan sangat tinggi. Nasi yang mentah dan ayam yang mentah dimakan beramai2 melambangkan kesepakatan kami sebagai 1 group.


Agak lama di dalam hutan, hujan terus membasahi bumi. Sampai di 1 port lumpur. Hukuman untuk kump B menanti. Semua ahli kump B diminta berenang kuak dada di dalam lumpur. OMG, xpernah ku duga benda2 ni akan berlaku. Baunya usah dipersoal lagi. Dengan hujan, dengan lumpur memang sewangi body shop perfume lah! But kitorang njoy dengan hukuman 2. Sampai di tengah jalan, aku n sue dikejar anjing. Memekik2 kitorg. Perghhh.. lemah semangat, menitis air mata. Di saat2 genting, kakiku mula melecet. Kuku kakiku terasa seperti tercabut. Sangat2 bengkak kuku kakiku tatkala itu. Namun, langkah diteruskan. Motif!! toilet.. menyucikan diri dari kekotoran ini..


Hoh..seharian di dlaam hutan menguji ketangkasan fizikal dan mental. Dah rase macam askar dah aku time 2.. Lalala.. Malam menanti, utk da last nite di Kem Rimba Hutan, kitorg dijamu dengan BBQ. Perghh.. sgt2 kenyang + sengkak perutku. Tq 4 JMK. After dinner, kitorg diminta untuk mengadakan persembahan. Untuk kump B diminta melakonkan watak yang berkaitan dengan ayam tetapi tanpa menggunakan skrip manakala kump A boleh menggunakan skrip. Memang njoy persembahan malam itu. Tq 4 my group atas persembahan yang cukup bertenaga.. hehe..


Last day, pengetua datang untuk merasmikan upacara penutupan. Sebelum program berakhir, pengetua menyatakan hasratnya terhadap Kolej Za,ba. Then ada sesi pembahagian hadiah n yang sah2 nya group kitorg telah menjadi JOHAN keseluruhan.. Yeppy!! haha.. Pas kemas2 kitorg terus balik ke kolej masing2.. So.. aku pun da sampai umah.. Ngee.. Ntah pape kan? So sampai cni je journey kitorg. Hope bley didik diri aku untuk terus berbakti kepada kolej.. Sekian.. =)





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...