Followers

Daisypath Anniversary tickers

Ahad, 13 September 2009

:: mALam 23 RamaDHaN ::

    Terasa syahdu tatkala aku nerenung ke luar jendela malam ini. Terkenang wajah ayah dan ibuku. Terlalu sarat dengan kerinduan yang sentiasa bertamu tidak mengenal waktu. Kesyahduan aidilfitri semakin merenggut tangkai hatiku. Tak terkata dan terhitung kegembiraan untuk bertemu keluarga.


Malam ni jugak aku terlalu sayu. Tadi ajk2 blok perlu memasang pelita di sekeliling blok Dynamic inside ni. Terasa suasana kampung. Sangat indah dengan pelita buluhnya. Tapi syg la xde sumbu then tpksa gne kain untuk dijadikan sumbu. Maka kerja kami semakin bertambah byk sbb terpaksa menghidupkan pelita bbrapa kali kerana sumbu kain 2 dabes.. hukhuk


Walaupun jap padam, jap hidup aku rase terhibur sangat. Terasa lamanya tidak pernah memasang pelita di kawasan rumah ku yang penuh dengan rumah2 jiran. Suasana kampung xdapat dirasai di kawasan kediaman ku di mana hanya dikelilingi oleh rumah-rumah jiran sahaja. Tapi di Kolej Za'ba pengalaman itu semakin dirasai.


Sempat juga jariku melecur akibat membakar sumbu pelita tadi. Nasib xterbakar pelita 2. Thx Zila tolong aku bakar sumbu tadi. Pengalaman menyalakan pelita bersama ajk blok tadi adalah 1 pengalaman yang paling berharga buatku. Pengalaman ini tidak dapat aku rasai andai aku tidak menjejaki kaki ke cni. Terima kasih semua atas saat2 itu. Sangat2 dihargai


Urmmm..1 lagi nk cakap kat my hosmet zila n sue kaki aku terkena minyak diesel la time nk bakar sumbu tadi.. Terasa pedih. Sangat2 melucukan la kawan korang ni.. Mintak maaf sangat2 andai kerja2 menyalakan pelita dijahanamkan oleh insan kerdil ini. Jari yang melecur ini adalah tanda dan kenangan manis buatku..hikhikhik.. Terima kasih atas semua saat indah ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...