Followers

Daisypath Anniversary tickers

Selasa, 18 Ogos 2009

Sahabat

Setiap detik yang kita jalani hari2 yang lalu dan hari2 yang mendatang adalah detik yang begitu indah bagiku. Melalui detik itu aku dapat mengecapi erti susah senang, erti bersahabat, erti hormat menghormati.

Erti persahabatan bagiku ia mengatasi semuanya. Setiap detik yang ku jalani bersama sahabat-sahabatku adalah detik yang paling indah untukku kenang. Segala kenangan ini telah aku tautkan dengan satu rantaian yang tidak akan terungkai ikatannya. Biar beribu batu dia pergi meninggalkan aku tetapi rantaian kasih sayang ini tidak pernah pudar apatah lagi putus.

Kebahagiaanku apabila sahabat-sahabatku bahagia. Harapanku pada shbat2ku semoga hubungan ini terpelihara selamanya kerna shbat adalah nyawa bg setiap sahabat yang tahu erti bersahabat. Usah adili persahabatan itu dengan kata-kata yang mungkin akan menyinggung hearty sahabat2 yang lain.

Sahabat..andai ada kekhilafan sepanjang persahabatan ini..maafkan aku. Aku hanya manusia biasa yang penuh dgn kekhilafan. Andai persahabatan ini xdisenangi itu hanyalah lahir dari hearty kamoo sahaja tapi bukan dari hearty ku.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...